Monday, 28 January 2013

Detik terakhir KECIL

Assalamualaikum.


Kematiannya di tangisi. Kehilangannya dirasai. Semua terkesan dari pemergian dia. Ada yg tanya what happen? camne boleh mati.. dll...Dengan ini, aku sebagai antara orang yg terakhir bersama beliau akan bercerita.

Sebelum itu, mari kita flashback balik, siapa si Kecil ni bg aku. Aku bukan lah orang paling rapat dgn dia. Aku kenal dia start dr kawan2 Ajid. Dr chean, dzul dll.. Aku tahu dia adalah junior dekat poli aku. cuma x kenal in person. Aku x igt bila 1st time aku berckp dgn dia. Tp, kitorg start berborak time Rantai Art event dkt Red Bungalow. Orang panggil dia Kecik. Tp aku panggil dia Kecil.


Seterusnya.. masa berlalu , kdg2 lepak ngn dia. Tu pon kalau dia bersama kwn2 lain. baru la lepak. X pernah lepak berdua. Mcm  aku ckp , aku bukan lah antara kawan yg rapat dgn dia. Kalau dia ada 100 kawan , aku ni maybe no 80. So selepas rantai tu jarang2 jumpa dia. Melainkan dekat MBP (Majlis Berbuka Puasa). Tu jela aku jumpa dia. Kdg2 chat2 kt FB pon bila aku ada hal dgn dia. X pernah berbual saje2.

Tapi, sejak2 tahun 2011. Sejak2 Husin (Whosent SB) Dtg kerja kt KL. Kebetulan aku agak selalu lepak dgn husin. Dia kdg2 dtg umah aku kt SK dgn Husin. Seterusnya sampai la 2012. Aku rasa time ni, rangking aku dalam Carta Kengkawan Kecil dah naik dari no 80 ke no 50. Bulan puasa dia spent time Iktikaf dgn kitorg dekat masjid. Berterawih , Qiyammulai dan sbgnye...



Seterusnya, hujung 2012, aku baru pindah masuk opis di putrajaya. Dia adalah pelanggan tetap yg selalu dtg melepak2. Kdg2 dia dtg dgn Husin. Kdg2 dia dtg sorng naik ERL, then aku or dzul akan pickup dia then lepak bermalam di office. Time ni aku rasa, aku berjaya naik lagi dlm Carta Kengkawan Kecil ke no 40. 


Ok now. Mari kita masuk ke detik2 terakhir Kecil. 

Pada 12 jan 2013. Aku mmg tgh lepak2 opis sorg2. Masa tu tgh tgk bola Selangor Vs Singapore. Masa tgh tgk bola sorg2 kt opis. Dzul call. Dia kata dia ada kt bawah tgh tgk bola dgn kecil. Then aku pon turun. Lepak la kitorg bertiga tgk bola. Tp masa lepak tu xde berbual sgt. sbb tgh kusyuk tgk bola sambil makan. Aku perhati kecil mase tu, senyap je x ceria sgt. Aku tahu mase tu dia demam sikit. Pastu lepas makan tu dia ada ckp perut dia senak. Mungkin sbb mkn byk sgt. Abis bola , kitorg pon naik. Pastu layan movie Mission Impossible - Ghost Protocol. Aku x pernah tgk lg movie ni . Dia kata best la jgk . Kitorg pon lyn. Sepanjang movie berlangsung. Dia asyik berulang alik ke toilet. X sedap perut katanya. Aku perasan 2/3 kali. Pastu sambung lyn movie.  Sebelum dia tido, dia gelak, . " Ha scene yg ni kelaka.. " gelak2 sikit.. aku pon lyn2 je.  Then sebelum movie abis. aku tgk dia dah tertido. Masa tu dzul pon dah tertido. Aku pon kemas2, off laptop etc. Pastu aku tgk Kecil tidur sambil peluk tubuh. Mcm sejuk. Aku pon amik selimut, selimut kan dia. Dzul pon aku selimutkan jgak..Off2 lampu. then aku pon masuk tidur..

Pagi esoknya. 13 jan 2013. Aku dikejutkan bgn subuh oleh rabbit dalam 6.30 lebih kurang. Aku pon bgn kluar bilik nak amik wuduk. Aku tgk kecil dh bangun, dia duduk kt kerusi aku. sambil peluk bantal. Aku pon tanya "nape cik ?" . Dia kata dia sakit badan xleh baring. tu yg dia duduk je dekat kerusi. then aku ngn mamai2 pon terus gi toilet amik wuduk.. Lepas amik wuduk aku masuk, dia ckp ngn aku, dia tutup aircond, sbb sejuk sgt. Aku pon ok je. mase tu dia dah duduk kt sofa. Aku pon solat subuh.. Lepas solat tu , aku borak2 dgn dia. Aku tanya dia dah solat ke. Dia kata dah. aku pon nampak kopiah dia. dekat2 area tempat solat tu. Aku tanya dia. ko ok ke kecil. Dia kata xleh tido, sakit badan. Mungkin sebab kt luar tu sejuk , tilam pon nipis. Aku suruh dia tido dalam bilik aku. Mula2 dia ckp xpela.. aku suruh2 lg. then dia pon kata ok. Dia pon masuk bilik. Tgh2 aku berborak dgn kecil , dzul pon terjaga...  pastu terus dia gi solat subuh. Aku xde nk watpe , aku pon mengaji. 

Lepas Dzul solat subuh, aku dgr dia borak2 dgn kecil. Aku xtau apa diorg borak. pastu dzul keluar cari2 kunci kereta dia, tapi x jumpa. Aku tanya nak gi mana? . Dia ckp nak gi hospital hantar kecik. Aku pon ok kan je teruskan mengaji. Pastu aku tgk2 dzul ni mengelabah cari kunci kereta kenari dia tu x jumpa. pastu kecik pon keluar dari bilik sambil tercungap2. sesak nafas. Dia suruh Dzul cepat. Pastu aku dengar suara dia yg tunggu kat luar , Dia bertakbir ALLAHUAKBAR sambil menahan sakit. 

Aku tgk situasi ni genting, aku pon tukar seluar , amik kunci kete aku. pastu pegi sama2 hantar kecik gi hospital. Pagi tu hujan sangat lebat. Payung xde, kecil jln dlm hujan lebat nak masuk dalam kereta. Kitorg pon hantar pegi hospital putrajaya. Sampai2 je dkt kecemasan. Dzul pegi keluar dulu . Tinggal aku dgn kecil dalam kereta. Last word aku dgr dr dia. " kecemasan2" . Aku reply, "kt kecemasan la ni , dzul tgh panggil org hospital " . Pastu dzul dtg dgn pegawai hospital bawak wheelchair. Itu la last sekali aku nampak dia bernyawa. Then aku gi parking. 

Then aku masuk balik, Kecik dah dibawa masuk dalam. Dzul tunggu kt luar depan tv. Aku tanya dzul cmne? ape jadi? Dia ckp orang hospital tu cakap , " member korang ni dah teruk ni" tu je.. Then jumpa lagi brader tu . Dia bgtau, doctor ckp , paru2 kecik berair. kategori kritikal. Pastu doctor panggil dzul. Dzul kluar2 . Minta aku carikan telefon kecik. Doctor nak ckp ngn mak dia. Aku pon balik opis. Amik henpon kecik. OTW nk ke hospital balik, aku call Mak kecik guna henpon kecik. Aku ckp , kecik pagi tadi sesak nafas masuk hospital. sekarang ada dekat kecemasan. nanti ada pape aku akan update.  Dah sampai2 hospital aku pon pass henpon kt dzul , pastu dzul gi masuk dlm jumpa doctor.  Pastu kitorg pon lepak2 luar. Aku dgn dzul, masing2 dah ready for the worst. Dzul pon call Husin suruh datang. suruh dtg asap.  Dzul cuma ckp kecik masuk hospital, dtg sekarang..  

Sedang2 tunggu kt luar...  Ada panggilan utk dzul.. Dzul pon masuk.. Aku tunggu kt luar. Then dzul keluar dr wad kecemasan..... dia cakap.. kecik dah xde .... aku pon dengar berita ni dgn tenang. Ok kecik dah mati.. masing2 senyap. Dzul kata dia x bgtau siapa2 lagi . Dia nak tunggu husin dtg, bgtau husin dulu. At the same time, Doctor dah call mak kecik dan bgtau sendiri, kecik dah takde.  Masing2 tenang. terima dgn redha. 

Then Husin sampai.... Dzul x sanggup nak ckp dgn husin. makin lama husin makin dekat ngn kitorg. Sampai2 je, dia tanya, " camne ? kecik ok tak ?" dengan muka biasa. Aku dgn dzul masing2 senyap. Aku boleh nak bgtau, tp Dzul lebih layak ckp dgn husin sbb mereka tergolong dlm top 10, Carta Kengkawan Kecil .... Husin tanya2 lagi, " Ape cerita?" Akhirnya dzul bersuara... 

"Kecik dah xde , Kecik dah xde "........ 

Masing2 semua senyap.... Husin tercegat. muka dia pucat.. dalam 20 sec die freeze.. pastu dia terus berjalan ke tempat lain menyorok. Tinggal kan aku berdua dgn dzul..  Inilah moment paling sedih yg berlaku . Masing2 dh x dpt tahan air mata. X sanggup nak bgtau Husin kecik dah xde. 

Maka selepas setengah jam berlalu dgn senyap... berita pon disebarkan.. seperti yg dihebahkan dalam FB aku. Semua kawan2 pon mula tahu... dan seterusnya.... 

Cerita ini adalah detik terakhir seorang sahabat kita yg periang. Diantara banyak2 sahabat dalam Carta Kengkawan Kecil . Aku terpilih bersama Dzul utk menyaksikan kematiannya, utk berbakti buat kali terakhir utknya. Alhamdulillah. Post yg berikutnya aku akan ceritakan perkara2 disebalik kematian sahabat kita ini. InsyAllah. 


* Perbualan yg tercatat diatas, tidaklah se-accurate yg berlaku. Tp lebih kurang camtu.


2 comments:

  1. Segala yang hidup PASTI mati. manusia kena sedar yang Allah menilai pengakhiran kita, bukan permulaan. banyak2 istigfar!

    ReplyDelete
  2. Pemergian sahabat ini benar2 terkesan kat diri aku...namun aku sedar...Allah maha berkuasa dan berhak atas semua dilangit dan bumi ini...keredhaan itu lebih bermakna...semoga rohnya dicucuri rahmat...al-Fatihah...

    ReplyDelete