Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
Ketika kita bangun pagi happy, Bersiap2 pakai baju pergi kerja, hantar anak kesekolah. Mereka bangun pagi, berhati-hati dari terkene peluru, anak2 bermain2 di celah2 bangunan runtuh.
Ketika kita lapar, boleh pilih makanan yg enak dan lazat. Mereka lapar, kekurangan makanan, menunggu bantuan, terpaksa minum air di lopak ditepi jalan.
Wanita kita bergembira, bershopping dengan rambut mengerbang, berpakaian cantik dan seksi. Wanita mereka dihina, dirogol, di seksa, di bunuh, dan dijadikan umpan perang.
Bapak2 kita gembira , hidup dalam harmoni, bermain dengan cucu, lepak di kedai kopi. Bapa2 mereka diseksa untuk hiburan. ditampar, di tendang, dimaki.
Emak2 kita disini aman, memasak masakan kegemaran. perhiasan penuh ditangan. Emak2 mereka disakiti, dirampas perhiasan, ditendang, ditarik tudung, di buli sedang keluarganya didepan.
Kucing2 kita disini comel. makan friskies, berbulu lebat, menjadi sahabat karib kita. Kucing2 mereka ditembak, binatang2 ditolak ke gaung, kambing2 dijadikan sasaran peluru.
Pemuda2 kita hipster, pergi ke konsert, boleh pergi dating , berseluar pendek, berbasikal dan berfutsal. Pemuda2 mereka, berjemaah, berperang, membaca Al-quran, cacat anggota tapi masih menghunus senjata. Syahid itu cita-cita.
Kalau diberi mereka duit, apa yg boleh mereka beli dalam keadaan ini?
hmmm...
Allah memberi mereka dugaan yg hebat, Untuk membuktikan iman, untuk diberikan ganjaran, dihadiahkan bidadari cantik menjadi teman dan menerima ticket fast lane ke syurga , itulah sehebat2 kurniaan.
Sedangkan, Allah juga menguji kita dari jauh. Walaupon bukan berjiran, kita tahu mereka ditekan, jadi apakah tindakan? hanya memerhatikan? mereka tiada kaitan, jadi tidak boleh campur tangan?
Untuk di Malaysia,
Bukan tidak bersyukur dengan keamanan, tapi takut terlalu leka, sampai lupa suruhan dan tidak hiraukan larangan. Kemaksiatan menjadi kebanggan. Sehingga tiba kemurkaan. Maka turun bala kesosialan, peperangan, Islam ditimpa kehinaan. Semua kerana tidak mengikut garis panduan, yg telah Allah tetapkan.
Jadi, tunjukkan sokongan, keluarkan bantuan, dalam diam atau suarakan.
Sementara itu, kuatkankan iman, kembali pada Al-quran. Amalkan sunnah yg ditingalkan. Kumpulkan kekuatan, bersama jemaah dan ulama sebagai pimpinan.
InsyAllah bila tiba masanya, Islam akan menang.
Now persoalannya, ketika Islam masih tidak menang, dimanakah anda?
Dan ketika Islam itu menang, adakah anda terlibat ?
* Hulurkan bantuan, dapatkan update berkenaan syria di https://www.facebook.com/syria.care





No comments:
Post a Comment