Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.
Seperti tajuk diatas, atau dalam bahasa melayunya. " Jangan adili buku berdasarkan kulit luarnya". Apakah betul sememangnya kita x boleh nak judge sesuatu berdasarkan luaran ? Kalau diikutkan seperti kefahaman manusia biasa, yup memang betul kita tidak boleh nak judge sesuatu atau seseorang berdasarkan luarannya. Isinya, atau hatinya yg patut kita lihat untuk membuat pengadilan.
Ok, Now ceritanya.. aku ada cuba juga praktikkan pemahaman ini untuk tidak judge luaran orang tapi kadang2 makin pikir ada yg bercanggah pulak. Berdasarkan pengalaman dan persekitaran , aku cuba olah berdasarkan hujah yg boleh diterima akal, bahawasanya kdg2 kita boleh judge orang berdasarkan luaran.
1 - Tidak tutup aurat.
Ni paling biasa orang2 guna ayat ni utk selamatkan diri. "walaupon aku x tutup aurat, tapi x semestinya aku jahat, ntah2 orang yg tutup aurat tu lagi jahat. " Ye latu, manusia ni, jahat ke baik kita mmg xleh nak judge berdasarkan itu. Ada je orang kafir yang baik. Tapi....tapi.... tapi........Tapi saiyengggg~~
Orang2 cmni mmg la baik sesama manusia.. Tapi mereka jahat dan angkuh kepada suruhan Allah.(bagi yg tahu tutup aurat tu wajib) Begitu juga orang kafir, mereka baik sesama manusia, tapi mereka kufur terhadap Allah. Sesama manusia kita mmg boleh judge berdasarkan kebaikan dan kejahatan. Tapi kadang2 manusia lupa ada lagi satu FINAL JUDGEMENT di Padang Mahsyar, iaitu pengadilan dihadapan Allah. Ada plak yg ckp kalau x ikhlas tutup aurat pon sama je. Kalau camtu nanti korang jawablah depan Allah, "bukan xnak tutup aurat ya Allah, tapi rasa mcm x ikhlas pulak, rasa mcm menunjuk2 plak"(Kalau berani)
Bab keikhlasan ni kalau nak dihuraikan panjang. kalau ada masa, dan yakin apa aku nak sampaikan, aku akan cerita lain kali.
2- Pondan/Gay
Ni lagi satu .. memang x dinafikan diorg ni sesama manusia sangat baik. Sangat menjaga hubungan sesama manusia. Xtra caring terhadap kawan2. Lebih2 lagi kepada lelaki2 yg berdahi licin dan sasa macam Chean. (bukan nama sebenar). Ade satu time tu, aku berborak ngn member. Ada satu acara menari2 yg besar. Dia ckp best. Aku ckp apa yg menariknya?, banyak pondan je menari2. Then dia ckp, x baik cakap camtu, ntah2 diorg ni baik ke, sembahyang x pernah tinggal ke.. Well betul la tu, diorg mmg baik , tapi tapi tapi........ tapi saiyenggggg~~~~ hidup ini bukan sekadar sembahyengggg~~~~
3- Pemimpin
Ha..yg ni juga. Ada pemimpin yg sangat berjasa kepada rakyat (zahirnya). Membawa kemajuan etc. Membawa keamanan , kestabilan negara dan macam2 lagi. Tapi bila bab agama, beliau tolak. Menafikan hukum Al-quran. Mempersendakan Sunah Rasulullah , dan memperlecehkan golongan ulamak. Tapi rakyat masih mengkagumi.. masih mengidolai...
Allah : Wahai pemimpin... Apakah jasamu terhadap rakyatmu? Adakah engkau telah menjalankan tanggungjawab mu keatas rakyat mu. Adakah engkau telah melaksanakan arahan Ku semasa memegang pemerintahan ?
Pemimpin : Ya Allah. Aku telah membawa kemajuan kepada negara dan rakyat ku. Walaupon aku tidak menjalankan undang2 Mu. Tapi negaraku kini telah terkenal dimata dunia...
Allah : Antara tanggungjawab menjalankan arahanKu dgn memberi kemajuan, yg mana lebih utama ?
Korang jawab lah sendiri.
Banyak lagi contoh2 lain. Tapi berdasarkan penilaian aku terhadap contoh2 diatas. Manusia ni mmg baik dengan satu hal iaitu urusan sesama manusia, Tapi kadang2 manusia jahat dengan sesuatu yg lain, iaitu urusan dengan Allah dan Rasulnya. Mereka ingkar arahan Allah yg pegang nyawa mereka tu.
Kesimpulan
Aku minta maaf kepada yg terasa. seperti biasa. Aku pon bukan baik sangat. Aku pon masih mencuba2 untuk jadi baik. Tulisan2 seperti ini aku harap dapat menjadi barrier untuk aku dari melakukan kejahatan sesama manusia juga kepada Allah. Jika aku menggunakan blog ni utk memberi pesan kepada korang, aku juga mengharapkan korang memberi pesan kepada aku jika aku ada melakukan kesalahan, secara terus atau secara senyap. Tulisan ini bukan untuk menghina sesiapa. Tapi untuk mengubah cara berfikir sesama kita. Jgn jadikan alasan niat dalaman untuk mengaburi fizikal luaran. Memang nabi ada bersadba
“Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras dan harta kamu, melainkan Allah memandang hati dan amalan kamu” [HR Imam Muslim].
Huraian hadith ini panjang. Aku pon x sempat lagi study. Tapi pointnya...jgn semata2 korang beramal dgn hadith ni je. Beramal juga dgn hadith2 lain dan juga, yg terutamanya beramal dgn Al-quran. Yang wajib tetap wajib. Jangan tinggalkan perkara yg wajib untuk perkara yg sunat. Hukumnya haram.
Sekian.
No comments:
Post a Comment