Sambungan..
Menilai seseorang bukanlah untuk memburukkan seseorang secara terus. Bukanlah untuk berkata " eh ko ni x bagus la". Bukanlah nak merendahkan sesiapa. Bukanlah untuk menghebohkan2 kan keburukan ( melainkan, perlu untuk kebenaran ). Penilaian itu perlu untuk diri sendiri dalam membuat keputusan. Sebab tu la kan kan , sebahagian penampilan luaran boleh menilai sifat seseorang itu, walaupun tidak secara tepat, tapi ianya membantu. Luaran seseorang tu bukan terletak pada apa yg dipakai sahaja. Berikut di bawah adalah contoh2 sifat2 luaran yg boleh dinilai.
1- Buku/Bacaan
Oleh sebab quote ni ckp "Dont judge the book by its
cover" so aku start dgn buku dulu. Ye.. bacaan yg kita baca
mengambarkan tahap peribadi dan knowledge. Kalau byk baca buku berilmu, byk la
ilmu. Kalau banyak baca beautiful nara dgn roti kaya, maka kaya la kita dgn
knowledge entertainment. Begitu juga dgn media2 lain. Kalau dok asyik layan drama tv3 je. Layan buletin utama je. Kt situ jela tahap pemikiran. Tahulah nama2 artis. Jadi, bacalah dan tontonlah sesuatu yg bermanfaat. Yang lagi bagus dan
dituntut, bacalah Al-quran, yg mempunyai ilmu yg sangat banyak melangkaui dunia
dan seisinya. Jangan asyik baca buku2 Big Bad Wolf.
2- Tanggungjawab
Kita boleh menilai seseorang berdasarkan cara seseorang
bertanggungjawab keatas sesuatu. Cuba lihat tanggungjawab dia yg asas, seperti
keatas diri sendiri, keluarga, suami isterinya, pekerjaannya dan sebagainya.
Adakah dia seorang yg bertanggungjawab atau lari dari tanggungjawabnya. Dan
penilaian yg paling penting ialah tanggungjawab terhadap agamanya. Ada x
kita berusaha untuk mempelajari, menyampaikan, atau menegakkan suruhan yg telah
ditetapkan Allah dan Rasulnya.
3- Menghadapi masalah
Semua manusia yg hidup ada masalah. So bagaimana kita menghadapi
masalah2 yg dtg?. Ada jenis yg suka lari dari masalah, xmau setelkan. Off
handphone dan lari. Atau setelkan masalah dgn zalim, bergaduh... Ingatlah, cara
kita menghadapi dan menyelesaikan masalah sbnrnya akan dinilai oleh orang yg
memerhatikan dgn akal. Jadi setelkanlah masalah dgn sebijak2nya. Jgnlah lari
dari masalah. Bergantunglah dgn Allah atas setiap masalah yg dtg. Sesungguhnya
setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
4- Percakapan.
Setiap apa yg keluar dari mulut kita merupakan reflection apa yg
ada dalam otak kita. Ada yg bercakap sikit tapi penuh informasi. Ada yg ckp
banyak , tp kosong xde isi. Ada yg bercakap kuat dan sombong, ada juga yg suka
mencarut dan berbohong. Ada yg bercakap sarcastic, tapi bermesej. Ada juga yg
cakap, sambil mulut penuh dgn sosej. Diantara orang yg bercakap2 itu, ada yg
sedang mendengar dan memerhati perkataan kita, lalu dia membuat rumusan tentang peribadi kita. Jadi kalau nak cover, kot2 kita ni bodoh x byk ilmu, xyah la banyak cakap. diam jela.
| Soya & Message |
5- Politik
Yang ni agak sensitif, tapi sungguh. orang yg ambil peduli tentang politik adalah orang yg ambil peduli tentang masa hadapan. Orang yg ambil peduli tentang politik adalah orang yg cerewet dalam memilih pemimpin. Sebaliknya, org2 yg ignore politik adalah orang yg tak ambil kisah ttg masa hadapan. Yg dia tahu, dia nak happy dan aman. Bagi yg ambil peduli, terdapat 3 golongan, Sebelah kanan, sebelah kiri, dan ada di tengah2. Diantara 3 kategori ini , kita boleh judge, yg mana mempunyai pemikiran yg matang dan bebas, yg mana masih terkongkong dan juga yang tidak mempunyai pendirian. Politik ini adalah sangat penting. Pemimpin yg dipilih juga terlalu penting. Tetapkan pendirian. Bukalah minda. Kita ni bukan setakat hidup didunia.
6- Beragama.
Ok yang ni last aku nak tulis. Walaupon byk lg faktor lain. Yg ni faktor paling penting. Nabi dah pesan, kalau nk cari isteri/suami, lihatlah agamanya, kalau nak pilih pemimpin lihatlah agamanya, kalau nak pilih kawan, tgklah agamanya. Kalau korg kenal Sultan Al Fateh yg membuka Konstantinople, dia memilih imam pon sgt hebat. Dia tapis siapa yg tidak pernah tinggal solat fardu, rawatib dn juga tahajjud sejak baligh. Begitu juga, presiden sebuah parti di Malaysia, mengingatkan untuk barisan2 kepimpinan untuk tidak tinggal amalan solat tahajjud. Ini menunjukkan kesedaran agama itu penting bg setiap pemimpin. Ada seorang yg aku kenal, dia ckp " semua org aku layan, semua orang aku kawan, tapi untuk aku percaya, aku tgk dulu , solat subuh dia ada tak berjemaah kat masjid." . Hebat sungguh penapisan diorg untuk letak kepercayaan. Pointnya disini adalah, jika manusia boleh khianati Allah dan Rasulnya, maka peratusan untuk dia mengkhianati sesama manusia amatlah tinggi. Lihat lah solatnya, auratnya, puasanya, zakatnya. Lihat lah kemana perginya. Masjid ataupun Mall. Kuliah agama ataupon konsert. Lihatlah apa yg dibaca, Alquran ataupun buku si pondan.
Kesimpulan.
Seperti yg aku cakap diatas, kita menilai bukanlah untuk memburukkan . Tapi percayalah, penilaian ini amat penting untuk diri sendiri. Dalam hidup ni kita berurusan dgn macam2 orang. Macam2 perangai. Jadi checklist diatas boleh digunakan dalam membantu untuk kita membuat keputusan, untuk memberi amanah, untuk memberi sesuatu tanggungjawab dan sebagainya.
Macam biasa, jangan marahkan aku, jika terasa. Aku minta maaf. Objektif dr penulisan ini adalah untuk memberi kesedaran dan sedikit ilmu untuk mengkaji sikap seseorang. Juga untuk lebih beramal soleh dan berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran. Supaya kita tidak berada dalam kerugian . Demi Masa.
Aku sendiri akan dinilai berdasarkan luaran, mungkin juga dinilai berdasarkan penulisan .
Aku juga banyak dosa. Aku juga tidak hebat, Tp aku bukan menulis untuk suka-suka. Setiap tulisan ada matlamat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment