Friday, 14 March 2014

MASANYA TIBA

Assalamualaikum.

Kebanyakkan negara islam itu sedang ditimpa musibah. Perang di Syria, Rampasan kuasa di Mesir. Penghapusan etnik Rohingya. Pembunuhan umat Islam di Afrika serta yang masih berdarah dari dulu sehingga sekarang, iaitu tidak lain ialah Palestin. Sampai masanya Islam itu betul-betul dihina. Mereka semuanya mengatakan beriman, sehingga datangnya ujian, untuk membenarkan iman mereka. Beruntunglah mereka yang redha dan sabar dengan ujian yang berat itu, dan berjaya mempertahankan aqidah sehingga kepala ditembus peluru. Leher dikelar pisau. Sehingga mati kering kebuluran.. sehingga anak yang comel itu mati terbeliak..

Allahurobbi…
Anak Syria

Jadi ceritanya, kita di Malaysia juga sedang mengalami musibah. Terutamanya dilembah Klang. Sudah lama hujan punca kehidupan itu tidak turun. Impaknya, bumi menjadi kering. Empangan, susut takungan. Air terpaksa dicatu. Hutan belukar menjadi kering dan terbakar. Menghasilkan asap kebakaran yang tebal. Menutup keindahan pandangan mata dengan filter jerebu. Udara sudah tidak bersih boleh mendatangkan penyakit. Tanaman2 padi menjadi kering. Dan yg terhangat, kehilangan MH370 yang menjadi misteri.

Allahurobbi…
Paras air susut.

Amatlah beza tahap ujian kita dan mereka. Mereka itu diuji setiap hari dengan darah dan nyawa. Mereka redha dan kembali kepada tuhannya selalu. Supaya mereka diberi kemantapan iman untuk berhadapan dengan ujian.

Kerisauan untuk musibah yang lebih dasyat mungkin berlaku terus menerus di Malaysia ini. Apabila ada golongan yg memperkecilkan Nabi Muhammad dan hadith2 nya. Tidakkah mereka tahu, Muhammad itu kekasih Allah. Dan Allah itu pemilik bumi dan alam cakerawala. Pemilik setiap nadi yang berdenyut di setiap makhluk.  Jika Allah mahu, Dia berkuasa untuk menjatuhkan planet menimpa kamu. Tapi kerajaan yang dipimpin oleh melayu Islam itu membiarkan. Padahal pemimpin itu jika pergi ke Madinah tentu sahaja  melawat makam Nabi. Kalau maulidur rasul, mereka yang paling ramai berarak bersepanduk. Jadi bila ada golongan bangsawan yg disokong juga golongan bangsawan yang mensenimarkan pandangan anti hadisnya. Tiada tindakan. Penulis bukanlah mengatakan secara khusus musibah yang datang itu kerana perkara ini. Allah yg maha mengetahui. Tetapi yg penulis yakini, musibah itu datang sebagai peringatan. Supaya jangan melampui batas dan kembali kepada fitrah manusia.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Jadi, dimulut dan perbuatan mengatakan beriman kepada nabi, tapi bila diuji dengan Kasim Ahmad , mereka buat apa ?  Kamu yg melihat, tidak kah kamu juga mencintai Nabi ? apakah perasaan kamu bila  Nabi direndahkan sebegitu ? Atau mungkin kamu lebih sayang si mantan sehingga kamu berdiam diri je… 


Disebalik musibah itu juga, Allah memperlihatkan kita juga kejahilan sesetengah pihak yang masih berpegang kepada tahyul. Raja Bomoh. Musibah itu Allah beri sebagai ujian. Dan mereka menghadapi ujian dengan kesyirikan ? Juga FMFA, adakah mereka masih bernafsu untuk berhibur dikala kelam jerebu? Dikala Allah tahan hujan daripada turun, kamu masih membeli menjual dan terlibat ? Tidakkah ada sedikit perasaan takut ? Oh come on la sikit je.. xde ke rasa risau ke ? seriously ?? Semoga Jerebu makin teruk di Bukit Jalil. Juga semoga engkau membatalkan niat untuk pergi. 

Minta maaf atas teguran. 

Jadi kesimpulannya. Ujian yang kita hadapi ini tidaklah sedasyat seperti di Syria. Kita masih mampu makan pizza, sementara mereka terpaksa makan kura-kura. Kita masih ada rumah untuk tidur, sementara rumah mereka dibom sampai hancur. Tapi kita tetap wajib kembali kepada Allah. Takutlah akan musibah itu. Semuanya berdoa. Semuanya #Pray4everything. Tapi itu sahaja tidak cukup. Kembalilah kepada fitrah sepenuh-penuhnya. Bertaubat sesungguh-sungguhnya. Taatlah setaat-taatnya. 
Ambilah kesemuanya bukan separuh-separuh ikut suka.  Yang tidak solat, solat lah dan sujud la kpd tuhanmu mengadu. Yang tidak tutup aurat , tutuplah sesempurna upaya sebagai tanda kamu mengharap kasihNya. Yang tidak pernah berzakat, usahakanlah bersihkan hartamu. Yang kedekut, derma dan waqafkanlah harta lebihan mu. Yang sombong, rendahkanlah hatimu. Hadirkanlah diri kerumah Allah (masjid). Berazamlah dengan bersungguh2 meninggalkan maksiat. Yang paling penting si empunya kuasa, laksanakan amanah tanggungjawab mu. Laksanakanlah hak Allah. Yakinlah hak Allah itu yg terbaik. Jika kamu beriya mempertahankan kalimah Allah, benarkanlah iman kamu juga dengan pertahankan syariat Allah bersungguh2. Sesungguhnya, kita semua akan menjadi saksi, siapa yang benar2 berusaha menegakkan syariat, siapa yang menentang. 

Allahurobbi..


    رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا 



Tulisan ini bukanlah ilmiah. Tulisan ini sebagai nasihat. Nasihat bukanlah perlu Ijazah Al-Azhar. Sebagai bukti aku pernah berusaha. 


Tuesday, 8 October 2013

ILMU - 1 (PRE-WEDDING)

Assalamualaikum.

"Tiada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahaminya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya" Ali bin Abi Talib

Tulisan yang ingin disampaikan ialah berkenaan ilmu. Ilmu yg dibincangkan ialah ilmu Akhirat ataupun Ilmu Islam berdasarkan rujukan utama Al-quran dan Hadith dan juga Ijma para ulama' , sekaligus secara tidak langsung ianya berkaitan juga dengan ilmu keduniaan.

Penulis bukanlah nak berbicara tentang sesuatu ilmu khusus, feqah, tasawuf atau sebagainya, kerana memang bukan, malah tidak layak pon untuk berkongsi, dek kerana kefahaman sendiri yg masih belum menebal , takut-takut tersesat sehingga membawa pembaca sekali tersesat. Yang ingin diceritakan adalah kepentingan ilmu. Ketahuilah ilmu itu sangat penting sehinggakan anda memerlukan ilmu, untuk membuat pilihan, ilmu apa yg hendak dipelajari. Faham tak?
"Perlukan ilmu utk mengambil ilmu"

Kita sudah terlalu lama berlajar ilmu keduniaan. Dari kelulusan UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER, dan PHD. Bertahun-tahun masa diluangkan. Beribu-ribu duit dihabiskan. Beribu-ribu duit juga terpaksa ditanggung hutang, sehinggakan nak pergi ke seberang tambak pon ditentang. Beribu-ribu taniya lah..... Bayangkan betapa lama mereka belajar , tetapi resultnya masih tidak solat. Padahal itu merupakan basic as a muslim. Rukun tak cukup, engkau bukan muslim ! Suku abad dilahirkan sebagai seorang Islam masih tidak tahu apa itu aurat. Lihat Roger Faderer bersluar pendek, lihat Lin Dan, berseluar pendek, lihat Salman Khan , berseluar pendek,  lihat PSY , berseluar pendek dan lihat Sarifudin pon berseluar pendek. Aku dah konfius mana satu orang Islam.  Setakat nak teka bangsa aku tahu lagi.

Ok, berbalik kepada ilmu. Ilmu akhirat itu membantu kita membuat pilihan. Dalam kisah hidup ini , apa yang akan dinilai itu sebenarnya pilihan. Allah yg Maha mencipta telah menciptakan manusia dan memberi petunjuk ke jalan yg benar, yg diredhai, yg lurus.  Melalui KitabNya dan juga RasulNya. Allah juga telah memberi petunjuk kepada mereka yg tidak mahu mengikuti 'jalan yg lurus' itu, apakah akibatnya. Senang ceritanya, satu ke syurga, satu ke neraka. Jadi dengan apakah kau mahu membezakan antara dua jalan ini? jawapannya dengan ilmu !

لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦
Terjemah Surat Al Baqarah Ayat 256
Tidak ada paksaan dalam  agama , sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui 
         Click sini utk tafsir ayat ini 

Jadi dengan mempelajari ilmu akhirat ini, dan meyakininya, dengan jelas ia akan membantu kehidupan didunia. Dengan jelas ia akan membantu kita membuat pilihan. Sebagai contoh , untuk makan. perlu ada pengetahuan halal dan haram. Halal dan toyiban. Sudah tentu kita tahu mana restoran kita nak pegi makan. Begitu juga pilihan kerjaya, dengan mengetahui hukum sudah tentu kita tahu mana kerja yang baik dan mana kerja yang menjurus ke arah maksiat. Begitu juga pemilihan pemimpin. Sudah tentu kita tahu mana pemimpin yg baik dan mana pemimpin yg dayus. Jadi jika pemimpin yg ada sekarang ini diketahui tidak amanah, malah mengabaikan agama, salahkan pemilih mereka yang tidak mempunyai ilmu dan selalu ditipu.

Apa yang perlu adalah kesungguhan untuk mempelajari ilmu. Supaya tidak tertipu . Dengan ilmu juga, kita akan mengetahui mana yang lebih utama berbanding yang kurang utama. Dengan ilmu juga , kita boleh menapis , siapa yg boleh dipercayai, siapa yg diragui.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Hadith ini biasa kita dengar. Tapi berapa ramai yang merebutnya? Bukankah majlis ilmu itu taman-taman syurga? tapi masing-masing tak endah seolah tak bersungguh untuk ke syurga. Untuk pemahaman yang mudah mengenai hadith ini,  ianya seolah-olah pre-heaven, atau pra-syurga sebelum ke syurga sebenarnya. Sebagaimana kita faham pre-wedding menuju ke real wedding. Begitu juga pre-production sebelum production. Bagaimana? kerana didalam majlis ilmu itu diajarkan jalan-jalan menuju keredhaan Allah dan menuju ke ganjarannya iaitu syurga. Juga diajarkan dan diingatkan tentang jalan yg sesat supaya kita tidak menuju ke neraka, sekaligus berpeluang untuk ke syurga. Jadi amat sesuailah gelarannya sebagai taman syurga. Jadi kadang-kadang merasa hairan, mereka itu semuanya mahukan syurga di akhirat, tetapi mengapa dipinggirkan taman-taman syurga didunia? adakah mereka terlalu sibuk dgn kerja sehingga meminggirkan taman syurga ? adakah mereka lebih suka berhibur didunia berbanding berhibur tanpa batasan di syurga kelak ?



Memang tidak dinafikan, menghadirkan diri ke majlis ilmu itu sangat mengantukkan, tetapi adakah mereka tahu, bahawa tertidur di taman syurga itu lebih baik daripada tertidur dirumah yg selesa depan tv ? menghadirkan diri saja sudah mendapat ganjaran, apatah lagi jika ilmu itu difahami dan diamalkan. Bertambah baik jika ilmu itu bermanfaat untuk orang lain. Tambah-tambah lagi majlis ilmu itu diadakan di masjid. melangkah kemasjid dgn berwuduk, dpt menghapus dosa kecil. Bersolat jemaah, 27 kali ganda, berniat iktikaf dapat pahala, duduk dalam majlis ilmu, didoakan ole para malaikat. Dan bermacam-macam lagi ganjaran pahala yg lain. Adakah kamu melihat ganjaran ini tidak lumayan ?

Akhir kata untuk sesi pertama ini, carilah ilmu. pergilah ke majlis ilmu. Sementara kamu masih muda. sementara masih segar minda . Sementara masih ada tenaga.  Jangan sampai kelak kita akan disalahkan oleh anak cucu kita kerana kejahilan kita. Jika kita jahil dalam agama, sudah tentu anak isteri juga tiada didikan dan batasan agama. Jadi hasilnya, keluarga akan menuju porak peranda, haram dan halal bercampur, maksiat di pejam sebelah mata. Ini akan menghasilkan generasi yg buta hati lalu berbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat berlaku.

Seperti kata-kata sahabat. "Jika bapak pakai seluar pendek, jangan hairan anak dara dia pkai baju nampak tetek"

Semoga aku dan kamu semua mencintai, mengamal dan berkongsi ilmu. Semoga mendapat ilmu yang benar dan dijauhi dari ilmu yang sesat. Semoga kita semua peroleh rahmat Allah.

Sekian.

P/S - Jika salah tolong tegur. Teguran yg benar itu juga ilmu. 


Friday, 6 September 2013

Bersederhana Di dalam Perbelanjaan Negara


Jikalau kesederhanaan dituntut di dalam perbelanjaan individu, maka perkara yang sama juga dituntut di dalam perbelanjaan negara. Ia hendaklah dilakukan bermula dari ketua negara dan mereka yang berada di bawahnya. Bahkan sewajarnya pemimpin umat Islam hendaklah menjadi teladan kepada umat Islam dari segi berhati-hati tentang harta negara serta mengurangkan kemewahan dan kekayaan mereka.

Nabi s.a.w yang merupakan pemimpin tertinggi umat Islam adalah orang pertama yang berlapar dan orang terakhir yang kenyang. Abu Hurairah r.a berkata: " Rasulullah s.a.w telah meninggalkan dunia dalam keadaan tidak pernah kenyang dengan roti gandum" . Aisyah r.h pula pernah berkata: "Rasulullah tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut-turut. Kalau kami mahu, kami boleh makan sehingga kenyang, akan tetapi Baginda selalu lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri"

Rasulullah s.a.w menolak untuk menggunakan alas tidur yang empuk. Bantal Baginda s.a.w dibuat dari kulit pokok. Rasulullah s.a.w tidur di atas tikar sampai terdapat kesan pada lambung Baginda. Rasulullah s.a.w. wafat di dalam pakaian yang sudah lusuh dan sarung yang kasar.Begitu juga keadaan Abu Bakar, Umar dan Ali Radhiyallahu'anhum. Umar berkata: "Perumpamaan aku dengan harta ini (harta kerajaan) adalah umpama wali kepada anak yatim. Jika mencukupi aku tidak menyentuhnya, tetapi jika aku memerlukannya aku akan ambil dengan baik".

Kita tidak meminta para pemimpin kita agar menjadi seperti mereka yang agung ini, cuma kita mahukan agar mereka bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan harta awam, serta tidak membahagikannya kepada kaum kerabat, anak menantu dan kroni-kroni mereka. Banyak dari kalangan pemimpin kita yang menyangka harta negara adalah hak milik mereka. Oleh itu, mereka menguruskannya menurut apa yang mereka suka. Jarang sekali terdapat mana-mana pihak yang mengaudit mereka.

Hatta, negara-negara yang mempunyai Parlimen, Jabatan Pengawasan atau Jabatan Audit Negara, mereka tidak dapat menyentuh perkara-perkara yang bersangkutan dengan pemimpin negara serta mereka mempunyai hubungan dengannya.Di sana terdapat pihak-pihak tertentu yang membelanjakan wang negara tanpa sebarang pengawasan dan batasan yang menjadi tanda tanya dikalangan ramai orang serta pihak-pihak yang berkaitan dengan media massa, sukan dan polis serta tentera. Pada masa yang sama, mereka amat berkira dan memberikan peruntukan yang sedikit dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, kesihatan, pengagkutan dan khidmat masyarakat.

Syarak mewajibkan agar diwujudkan keseimbangan antara pelbagai kepentingan dengan mendahulukan perkara-perkara keperluan asas berbanding perkara-perkara sampingan dan seterusnya...Syarak juga mewajibkan agar mendahulukan perkara yang berkaitan orang ramai berbanding dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kelompok-kelompok tertentu. Begitu juga mesti mendahulukan kepentingan golongan miskin dan lemah berbanding dengan golongan kaya dan pembesar.

petikan dari buku " Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan" tulisan Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi. Terjemahan Ustaz Mohammad Zaini Yahaya.

Dalam ciri kesembilan : Ekonomi & Harta (m/s 346-347)







Wednesday, 4 September 2013

Perubahan, Sayang dan Benci.

Assalamualaikum

Manusia itu semuanya berubah. Dari seorang bayi ke seorang kanak-kanak ke seorang remaja ke seorang dewasa dan akhirnya menjadi seorang yg tua. Begitu juga perubahan tingkah laku. Dari kebudak-budakan kepada kematangan. Daripada kejahilan kepada kepandaian.

Perubahan yg terbaik adalah dari kejahilan kepada kefahaman (berilmu) juga Kejahatan kepada kebaikan. Ini yang dituntut dalam kehidupan. Dewasa ini, memang kelihatan yg sedang melakukan perubahan itu memang banyak. Rata-ratanya adalah golongan muda. Mereka sukakan ilmu berbanding kejahilan. Mereka sukakan kebaikan berbanding kejahatan. Ini adalah fenomena yang baik untuk masyarakat. 

Tetapi, kadang2 masyarakat mencemuh kerana disebalik kebaikan itu , masih terdapat ketidak-elokkan sikap yg masih belum dibuang. Mungkin aku salah seorang dari mereka, yg mencemuh. Mungkin juga aku salah seorang dari mereka, yg dicemuh. Untuk masalah ini, marilah kita berlapang dada. 


Yang dicemuh,
Ambil la teguran dan cemuhan itu dengan tenang hati, jika ianya benar. Memang benar kita masih belum elok sepenuhnya walaupun telah melakukan perubahan. Fahamilah perubahan itu tidak boleh serta merta. Akuilah kesilapan dan kejahilan. Berusahalah untuk memperbaiki dan menjadi lebih baik. Minta la maaf ke atas mereka. Dan jika ianya cemuhan yg tidak berasas, bersabarlah. Jangan terus melenting , kerana kamu harus faham. Mungkin mereka tidak faham seperti apa yg kamu faham. Mungkin penjelasan kamu, masih belum kukuh , untuk membuatkan mereka benar2 faham apa yg kamu ingin sampaikan atau, mungkin kamu berniat baik, tapi perbuatan kamu kelihatan biadap di mata mereka. Berlapanglah dada. Hentikan perbalahan, dan carilah alternatif lain untuk kamu sampaikan pandangan kamu dgn lebih berkesan. Jika kamu tidak berkeupayaan juga, bersabarlah, berdoalah agar kamu dan mereka diberikan petunjuk oleh Allah. Berdoalah seperti Nabi musa kepada Tuhannya. 

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


Yg Mencemuh.
Maafkanlah mereka. Kamu juga harus faham, sesungguhnya perubahan itu bukan serta merta. Mungkin mereka sudah berubah dari segi perbuatan, tetapi masih belum berubah pada perkataan. Mungkin mereka sudah mendekatkan diri dgn agama, tetapi masih belum berjauhan sepenuhnya dengan akhlak buruk, ego dan juga tabiat lama. Mungkin masih belum 100% kebaikan, tetapi bukankah ianya sesuatu yg elok walaupon hanya 30%? Even 10% pun? Fahamilah hakikat ini. Fahamilah juga konsep utamakan yg lebih utama. Contohnya, yg lebih utama itu pemahaman tauhid/akidah berbanding ibadah. Bagaimana seseorang itu mahu beribadah sedangkan dalam konsep akidahnya telah salah? 

Oleh itu, berlapanglah dada. Bantulah mereka dengan penuh hikmah untuk menghampiri markah penuh itu. Jika kamu "mengondem" mereka tanpa hikmah, sedangkan mereka juga tidak memahami secara hikmah dan berlapang dada, disini syaitan akan mengambil kesempatan, sehingga boleh menghasilkan perbalahan yang lebih besar. 


Tetapi, pandangan ini adalah khusus cemuhan dlm konteks perubahan kearah kebaikan. Bukan cemuhan keatas kesesatan dan kemaksiatan nyata yg tidak berhasrat atau tiada tanda kearah kebaikan. Malah boleh merosakkan akidah dan juga pemikiran masyarakat keseluruhnnya. Bukan juga cemuhan keatas sikap kezaliman, keegoaan terhadap perintah Allah serta melampaui batas sehingga menghampiri, malah mencapai tahap kesyirikan. Diatas sebab ini, memang boleh mencemuh, malah membenci perbuatan tersebut.  Kerana kamu semua mempunyai alasan yg kukuh dimana kamu membenci sesuatu, atas sebab kemaksiatan atau kekufurannya terhadap Allah. 


Kesimpulan.

Semua diantara kita mahukan yg terbaik, sehingga untuk mendapatkan yg terbaik itu kadang2 membuatkan kita bencikan sesuatu yg menghalang daripada mendapat kebaikan itu. Jadi, nasihat untuk diriku dan kamu semua. Carilah ilmu, agar kita dapat mengenal pasti apakah kebaikan dan kejahatan sebenar. 

Supaya aku dan kamu, menyukai sesuatu kerana Allah, dan bencikan sesuatu kerana Allah.

Thursday, 1 August 2013

Mintalah Maaf. Berilah Ampun

Assalamualaikum. 

MINTA MAAF

Seikhlas nya. Serendah-rendah hati. Aku ingin meminta maaf sedalam-dalam nya. Atas kekasaran kelancangan kebiadapan aku terhadap kamu semua. Samaada disengajakan atau tidak. Samaada berbentuk percakapan , penulisan atau perbuatan. Kadang2 diri ini berniat baik, tapi disebabkan tiada akhlak dan kurangnya ilmu maka yg baik itu boleh melukakan dan membencikan. Kadang2 diri ini berniat bergurau, tetapi ter melampau sehingga mereka berkecil hati, dan aku risau. Oleh itu aku berusaha untuk meminta maaf dari kamu semua. Maafkanlah aku. 

Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan suka mengampun. Tetapi manusia belum tentu. Keampunan Allah itu dibuka seluas-luasnya pada waktu2 tertentu. Tetapi tidak manusia. Jadi sebelum habis nya peluang itu , Marilah kita rebut pengampunan Allah dan berlindung dari azabnya yang maha dasyat. Begitu juga dengan kemaafan manusia. Kena la berusaha untuk meminta maaf. Berikanlah hadiah, belanjalah makan , atau apa saja. Jika masih sukar, berdoalah pada Allah agar si pemarah dilembutkan hatinya. Kerana Allah lah yg memiliki setiap hati-hati manusia. Dan jika kita sendiri adalah pemilik hati si pemarah itu, maafkanlah. Kerana itu lebih baik dan berakhlak. Kerana itu lebih menenangkan . Maafkanlah dengan sifat kasih sayang sesama manusia, semoga Allah akan sayang kepada kamu. 


Marahlah sesuatu kerana Allah, Bencilah sesuatu kerana Allah, Musuhilah seseorang kerana Allah. Juga, sayangilah seseorang kerana Allah.  Berusahalah menjadi terbaik. 


" Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan suka mengampun , aku berharap kamu pun " 


Selamat beribadah diminggu terakhir Ramadhan. Selamat menyambut Aidilfitri. 
Semoga kamu semua peroleh rahmat Allah.

Friday, 14 June 2013

SYRIA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

Ketika kita bangun pagi happy, Bersiap2 pakai baju pergi kerja, hantar anak kesekolah. Mereka bangun pagi, berhati-hati dari terkene peluru, anak2 bermain2 di celah2 bangunan runtuh.

Ketika kita lapar, boleh pilih makanan yg enak dan lazat. Mereka lapar, kekurangan makanan, menunggu bantuan, terpaksa minum air di lopak ditepi jalan.

Wanita kita bergembira, bershopping dengan rambut mengerbang, berpakaian cantik dan seksi. Wanita mereka dihina, dirogol, di seksa, di bunuh, dan dijadikan umpan perang. 

Bapak2 kita gembira , hidup dalam harmoni, bermain dengan cucu, lepak di kedai kopi. Bapa2 mereka diseksa untuk hiburan. ditampar, di tendang, dimaki.

Emak2 kita disini aman, memasak masakan kegemaran. perhiasan penuh ditangan. Emak2 mereka disakiti, dirampas perhiasan, ditendang, ditarik tudung, di buli sedang keluarganya didepan. 

Kucing2 kita disini comel. makan friskies, berbulu lebat, menjadi sahabat karib kita. Kucing2 mereka ditembak, binatang2 ditolak ke gaung, kambing2 dijadikan sasaran peluru. 

Pemuda2 kita hipster, pergi ke konsert, boleh pergi dating , berseluar pendek, berbasikal dan berfutsal. Pemuda2 mereka, berjemaah, berperang, membaca Al-quran, cacat anggota tapi masih menghunus senjata. Syahid itu cita-cita.




Kalau diberi mereka duit, apa yg boleh mereka beli dalam keadaan ini?

hmmm...


Allah memberi mereka dugaan yg hebat, Untuk membuktikan iman, untuk  diberikan ganjaran, dihadiahkan bidadari cantik menjadi teman dan menerima ticket fast lane ke syurga , itulah sehebat2 kurniaan. 

Sedangkan, Allah juga menguji kita dari jauh. Walaupon bukan berjiran, kita tahu mereka ditekan, jadi apakah tindakan? hanya memerhatikan? mereka tiada kaitan, jadi tidak boleh campur tangan? 


Untuk di Malaysia,

Bukan tidak bersyukur dengan keamanan, tapi takut terlalu leka, sampai lupa suruhan dan tidak hiraukan larangan. Kemaksiatan menjadi kebanggan. Sehingga tiba kemurkaan. Maka turun bala kesosialan, peperangan, Islam ditimpa kehinaan. Semua kerana tidak mengikut garis panduan, yg telah Allah tetapkan.

Jadi, tunjukkan sokongan, keluarkan bantuan, dalam diam atau suarakan.

Sementara itu, kuatkankan iman, kembali pada Al-quran. Amalkan sunnah yg ditingalkan. Kumpulkan kekuatan, bersama jemaah dan ulama sebagai pimpinan. 

InsyAllah bila tiba masanya, Islam akan menang. 

Now persoalannya, ketika Islam masih tidak menang, dimanakah anda?
Dan ketika Islam itu menang, adakah anda terlibat ? 


* Hulurkan bantuan, dapatkan update berkenaan syria di 
https://www.facebook.com/syria.care 

Tuesday, 4 June 2013

WAJIB BACA !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
Bukan artikel ni yg korang WAJIB BACA. Tapi Al-Quran yg korang WAJIB BACA



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤)    عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
            [1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. [2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku [3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah [4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan [5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. 

            Surah Al-Alaq 1- 5

Berikut adalah wahyu pertama yg dibawa oleh Jibril kepada Nabi Muhammad saw. Seperti yg kita semua maklum, Nabi Muhammad saw , merupakan nabi yg terakhir yg melengkapkan agama yg diredhai Allah untuk umat manusia. Iaitu Islam. Untuk membawa satu yg sangat besar, satu tanggungjawab yg sangat hebat, sehingga kedudukan Nabi Muhammad itu sendiri sangat tinggi disisi Allah. Allah memerintahkan Nabi kita untuk memulakan misi yg mulia itu , dengan MEMBACA. Secara amnya, membaca itu dimaksudkan dengan mencari ilmu. Dan secara khususnya, membaca dengan Ilmu Al-quran, Kalam Allah. " Dia yg mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya " Itulah ilmu yg paling benar. 

Cukuplah itu untuk introduction. Jadi nya, apa yg ingin disampaikan adalah, betapa pentingnya membaca, khususnya membaca Al-quran. Ianya sangat terserlah betapa banyaknya ilmu yg Allah telah ajarkan kepada manusia didalam kitab ini. Ilmunya merangkumi semua bidang & semua aspek kehidupan. Samaada kehidupan didunia mahupun akhirat. Di lengkapkan lagi oleh penerangan/penjelasan melalui sunah2 Rasullulah yg telah dipraktikkan untuk menjadi contoh kepada kita. 

So.. dimanakah letakknya Al-quran ini disisi kita sekarang? kita lebih banyak baca buku2 novel rekaan drpd membaca Al-quran. Kita lebih banyak baca buku mat saleh drpd Al-quran. Kita lebih banyak baca buku biografi daripada baca Al-quran. Kita lebih banyak baca buku puisi drpd baca Al-quran .Kita lebih banyak dengar musik berbanding bacaan Al-quran. Apakah buku2 novel itu boleh menyelamatkan kita di hari akhirat? adakah biografi orang ternama itu boleh menerangkan kita didalam kubur? Adakah 'quote' orang2 putih itu berguna di padang mashar? Hidup ini kene realistik. Jgn berfantasi untuk hidup dgn tidak berlandaskan hukum, dan menginginkan syurga.. Realitinya, kita semua akan mati. Realitinya kita akan masuk kubur. Realitinya kita akan ditanya di padang mashyar. 

Dengan membaca Al-quran, lebih tepat lagi, memahami kandungan Al-quran, kita akan lebih berhati2 dengan kehidupan. Contoh paling senang, korang nak makan pon akan lebih berhati2 memilih makanan. Sebab dalam Al-quran sendiri ada menyatakan apa yg diharamkan untuk makan. Begitu juga bab aurat. Dalam Al-quran ada menyatakan guideline berpakaian. SO... wahai orang2 yg mengaku Islam lelaki dan perempuan. Adakah anda berfantasi untuk hidup seperti artis2 barat, dengan memakai skirt dan seluar pendek. dan memakan apa saja tanpa kira halal haram, hidup berkiblatkan dunia semata2. tiada usaha untuk belajar Al-quran dan sunnah, tanpa rasa bersalah, dan bila mati korang nak masuk syurga ? 

Itu baru bab makan dan aurat . Guideline hidup dari Al-quran itu merangkumi semua, termasuk akidah, sosial, perundangan (hudud), siasah (politik), ilmu fizik, sains, sejarah, Ilmu dunia, dan Akhirat (selepas dunia) dll. Jadi Al-quran ini, bersama dengan penjelasan melalui Sunah Rasulullah adalah sebuah guideline yg paling lengkap yg disediakan khas oleh Allah untuk makhluknya bernama manusia. Melalui guideline ini manusia dibawa untuk mencapai satu level yg benar2 berserah diri kepada Allah. Level dimana hanya mengharapkan "redha" Allah. Itulah nikmat yg paling tinggi. 

Jadi, kepada manusia, khususnya kawan2, bacalah Al-quran. Belajarlah membaca dengan betul. Bacalah tafsir. Fahamilah maksudnya. Beramallah denganya. Carilah guru untuk belajar. Jgnlah faham sendiri2 je. Terlalu sibukkah korang sampai tiada masa untuk membaca dan belajar? Belajar ilmu dunia bertahun sampai dapat ijazah bolehkan? Jadi tiada alasan.

Segan? Hipster dalam dunia urbanisasi cmni seganlah nk belajar mengaji kan? Jadi carilah kawan yg sama2 ingin belajar. xde la segan. Bila faham kepentingan dan keperluan Al-quran itu, InsyAllah keinginan untuk belajar itu mengatasi keseganan.

Jadi janganlah segan untuk belajar mengaji. Kebaikan Al-quran itu lebih berharga dari sebiji Lamborghini. Malah lebih berharga dari duniawi . 


Hipster pon kene baca Al-quran. 

Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)


Menulis bukan sebab aku ilmu tinggi. Bukan sebab aku alim. Artikel ini hanya bertujuan mempromosi kan Al-quran. Tak perlu jadi Ustaz utk mempromosikan Al-quran. Semoga Allah meredhai aku dan kita semua.