Assalamualaikum.
Seperti tajuk diatas. Self-Employed / Kerja Sendiri. Tidak kerja dgn mana2 company dan tidak terikat. Menjadi bos sendiri. Tidak bekerja, maka tiadalah gaji. Apa best nya? Apa risikonya? Apa kebaikannya? Apa kekurangannya? Apa nya nya?
Tapi kalau kerja sendiri. Risiko sangat tinggi, tiada gaji tetap. Tiada benefits melainkan bergantung pada diri sendiri. Claim kt diri sendiri & mcm2 lagi yg negative. Ye betul. Sungguh...bekerja sendiri sangat banyak risiko. Siapa yg sanggup ambik risiko ni melainkan yg betul2 mempunyai daya ketahanan mental. Tapi disebalik risiko, juga terdapat banyak kebaikan2 . Berikut adalah kebaikan2 yg aku rasa, sabagai org yg bekerja sendiri.
1- Banyak masa / Free time.
Bekerja sendiri mmg banyak masa. Ini yang paling ketara. Tidak terikat dgn waktu kerja biasa. No punchcard. No lunch break. Boleh pegi shopping on weekdays. U can control your own time. Cuma kadang2 bila ada kerja, cuma terikat dgn deadline projek. Itu normal. Tapi bila setel 1 projek, aku boleh bercuti panjang. Kerja sebulan cuti sebulan. Dan mmg ini yg aku nak. Aku ada masa untuk belajar, Ada masa nak pergi masjid. Jika ada kecemasan x perlu apply MC/AL/EL. Contoh seperti berlaku kematian. Aku boleh melawat & spend time tanpa ragu2. Kalau dulu time kerja, susah nk control. Masjid tu rasa jauh sgt nak pergi. Nak belajar pon mcm susah je. Kene selalu commited dgn kerja. Asyik2 kerja je. Kalau mati tetiba, x sempat nak buat amal, sbb terlalu sibuk kerja. Solat pon selalu hujung2 waktu. Tu pon kalau teringat. Kalau tak teringat mmg x solat langsung.
Kalau disebabkan gaji 4/5 ribu tinggal solat. pastu masuk neraka. Tak berbaloi.
Gaji sebesar Bill Gates pon xboleh bayar kt malaikat Malik untuk tiket keluar dr Neraka oi.
2- Berdikari / Kebergantungan Hidup
Bekerja sendiri ni mmg melatih untuk kita berdikari. Berdikari untuk mencari gaji. Kalau bekerja dgn orang, gaji tu dah confirm. Semua bergantung pada diri sendiri. Kalau rajin , InsyAllah ada la kerja. Kalau malas dh confirm2 susah nak dpt kerja. Apabila kebergantungan hidupnya terletak pada sesorang atau sebuah company. Maka jatuhnya seseorang atau jatuhnya sesebuah company, secara tidak langsung pekerja2nya juga akan jatuh. Jadi mereka yg bekerja sendiri , apakah pergantungan hidup mereka? Tidak lain tidak bukan, pergantungan keatas diri sendiri. Tapi sebenarnya, mengikut pengalaman, bergantung pada diri sendiri juga bahaya. Disebabkan diri sendiri tidak mempunyai kuasa dan lemah. Takut2 bunuh diri je nanti kalau failed. Jadi yg sepatutnya hidup sebagai manusia, tidak kira yg berkerja atau kerja sendiri, pergantungan diri secara total mestilah hanya pada Allah. Allah yg maha kuasa atas sesuatu. Allah lah yg maha memberi rezeki, Allah yg menguasai jiwa2 bos2 kita, Client2 kita, pesaing2 kita dan semuanya. Bila bekerja sendiri, ternyata pergantungan hidup pada Allah sangat tinggi berbanding time aku kerja dulu.Dulu2 mana ade nak doa2 minta rezeki, manede nak solat duha. Dapat gaji je... enjoy. Ini lah salah satu kebaikan yg aku dapat. Kalau rasa kebergantungan hidup korang terhadap Allah kurang, bentilah kerja.
3- Menguatkan Mental
Bekerja sendiri secara tidak langsung akan melatih otak dan mental untuk menjadi kuat, kreatif, berani , menguatkan jiwa, dan menghadapi masalah dengan tenang. Contoh, kalau aku dulu time kerja, serumit mana pon masalah, kalau aku dah fed-up aku masih boleh berlepas tgn. Boleh buat xtau, boleh buat2 sakit/ buat2 tido. Kalau sekarang. Apa pon masalah nak taknak aku kene hadap. Ribut taufan camne pon aku kene hadap. Hidup ke mati ke aku kene hadap. Darah tinggi ke diebetis ke , semua kene hadap. Bila selalu berhadapan dgn situasi genting cmni, akan melatih mental untuk jadi kuat. Melatih otak untuk berfikir laju. Melatih otak untuk menyelesaikan masalah dan mencari alternatif. Sehingga kluar rambut2 putih di kepala. Tapi alhamdulillah, bila sampai satu stage esok, benda2 ni lah yg akan mematangkan kita. InsyAllah melalui pengalaman yg ada, setiap masalah akan dihadapi dgn steady.
4- Selektif
Bekerja sendiri memberi ruang anda untuk menjadi selektif. Iaitu korang boleh pilih untuk buat ke tidak. Kalau bekerja dgn orang , ade ke pilihan untuk tidak buat? kalau bos korg bagi kerja, boleh ke cakap, "err xnak buat la bos job ni. x best". Bekerja sendiri anda bebas untuk memilih kerja. Kalau ade job boleh pikir nak buat ke xnak. Aku sendiri pernah menolak beberapa tawaran projek, atas sbb2 tertentu. Boleh tukar2 bidang ikut suka. Kadang2 kerja jadi Bos, Producer, kdg2 kerja crew, kdg2 jadi director, kdg2 kerja jd photographer. Kdg2 kerja jd supervisor. Kdg2 kerja jadi tansporter (driver) . Kdg2 boleh berniaga and mcm2 lagi. Oh pernah jugak jadi volunteer. See.. tidak terikat. Fun kan? Bukanlah kalau kerja makan gaji xboleh buat semua benda2 tu, tapi, masa tu terhad. Cuti weekend byk org pilih untuk berehat bersama kluarga dan melakukan hobi masing2.
5- Lebih masa beribadah
Kita ni kalau terlalu sibuk kerja. Terlalu sibuk mencari dunia. Takut2 akhirat langsung kita lupa. Beruntung sgt lah sapa yg bekerja makan gaji sambil tidak lupa akhirat, beruntung sangat lah siapa yg ada bos yg baik yg beriman yg saling mengingatkan tentang hari akhirat. Mengikut pengalaman kerja dulu. Solat pon selalu miss.Apatah lagi solat jumaat. Kerja pon selalu buat bende maksiat/lagho. Zakat harta? langsung tidak . Mengaji pon bila ada orang mati. Puasa pon kdg2 ponteng sbb alasan penat kerja. Haishh.. Camne tu? Esok kt padang masyar Allah tanya xtau nak jawab apa.
ALLAH : wahai fadli, dulu masa hidup ada solat x ?
Aku : Ada ya Allah, selalu solat jumaat je, tu pon kdg2 miss. Yg lain pon sama jgk kdg2 miss.
ALLAH : Apa yg buat ko miss ?
Aku : SIBUK KERJA
ALLAH : Dulu ada baca Al-quran ?
Aku : Takde ya Allah.
ALLAH : Apsal ?
Aku : SIBUK KERJA
ALLAH : Ada bayar zakat ?
Aku : Zakat fitrah hari raya adela. Zakat harta xde ya Allah.
ALLAH: Apsal x bayar ? kan sibuk kerja. mesti banyak duit.
Aku : Errr.. x cukup ya Allah.
ALLAH : Ade puasa ?
Aku : Puasa cukup ya Allah, x pernah miss.. err... kdg2 je kalau musafir .
ALLAH : Berapa gaji dulu masa kerja?
Aku : 4 ribu je.
ALLAH : Dari start kerja sampai ko mati. ko bekerja selama 30 tahun. 4ribu x 12bulan kali 30 tahun sama dengan RM 1,440,000.00. Berbaloi ke jumlah tu dgn neraka yg ko nak masuk ni? Dunia miskin akhirat pon miskin. Ada pape nak cakap ?
Aku: Ya Allah. Aku mengakui ,sesungguhnya kekayaan dunia tidak akan menambah berat pahala di Al-Mizan ini. Malah ia memberatkan dosaku ya Allah. Aku menyesal ya Allah.
Ha camne ?
Korang jgn salah faham. Bukan bekerja makan gaji itu tidak baik dan berdosa. Sama je dgn kerja sendiri. kalau buat maksiat dosa jgak, tidak kira la kerja ngn sape pon. Aku bercerita dari sudut umum. Mengikut pengalaman bila bekerja sendiri baru lah boleh fokus untuk beribadah. Time kerja dulu agak susah. Tapi.. selagi boleh menjaga hak2 Allah, x kisah la kerja sendiri ke kerja dgn orang ke. Yg penting akidah itu betul. Selagi tempat kerja itu tidak melalaikan hubungan kita dgn Allah, dan korang rasa happy. Kerja jela. Kalau tempat kerja itu menjauhkan hubungan dgn Allah, tidak ada masa solat.. Benti jela. Kerja2 yg menggalakkan maksiat, benti jela. Kalau kerja yg confirm haram, kerja yg mengundang murka Allah. Lebih baik korang berhenti. STOP. Ini amaran dan nasihat untuk semua dan diri sendiri jugak. Please STOP.. Aku tidak boleh berkata depan2 secara individu, oleh kerana iman yg lemah. Sbb tu aku tulis blog.
Kesimpulan.
Kita masing2 kadang2 terlupa. Sebab tu ada yg mengingatkan. Jgn benci aku sbb tulis camni. Aku pon kdg2 terlupa dan orang lain nasihatkan. Aku bukan baik , sbbtu aku share. Untuk pekerjaan. bekerja lah camne pon. Makan gaji or kerja sendiri. asalkan tidak melanggar hak2 Allah. Apa itu hak Allah ? Yang basicnya Solat, puasa, zakat, menutup aurat dan lain lain. Walaubagaimanapunnyaadoi... bekerja sendiri or berniaga sendiri itu sunah. Nabi dah ckp 90% punca rezeki adalah melalui perniagaan.
Sekian.
jom makan. lapo lah.
ReplyDeleteSudah makan la brother.
ReplyDeletepokoknya, bila dah kerja, tolong lah sara saya yang baik ni.
ReplyDeleteini perlu ni..bile la nak self-employed.. -_-
ReplyDeletecome on..
ReplyDelete