Tuesday 8 October 2013

ILMU - 1 (PRE-WEDDING)

Assalamualaikum.

"Tiada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahaminya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya" Ali bin Abi Talib

Tulisan yang ingin disampaikan ialah berkenaan ilmu. Ilmu yg dibincangkan ialah ilmu Akhirat ataupun Ilmu Islam berdasarkan rujukan utama Al-quran dan Hadith dan juga Ijma para ulama' , sekaligus secara tidak langsung ianya berkaitan juga dengan ilmu keduniaan.

Penulis bukanlah nak berbicara tentang sesuatu ilmu khusus, feqah, tasawuf atau sebagainya, kerana memang bukan, malah tidak layak pon untuk berkongsi, dek kerana kefahaman sendiri yg masih belum menebal , takut-takut tersesat sehingga membawa pembaca sekali tersesat. Yang ingin diceritakan adalah kepentingan ilmu. Ketahuilah ilmu itu sangat penting sehinggakan anda memerlukan ilmu, untuk membuat pilihan, ilmu apa yg hendak dipelajari. Faham tak?
"Perlukan ilmu utk mengambil ilmu"

Kita sudah terlalu lama berlajar ilmu keduniaan. Dari kelulusan UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER, dan PHD. Bertahun-tahun masa diluangkan. Beribu-ribu duit dihabiskan. Beribu-ribu duit juga terpaksa ditanggung hutang, sehinggakan nak pergi ke seberang tambak pon ditentang. Beribu-ribu taniya lah..... Bayangkan betapa lama mereka belajar , tetapi resultnya masih tidak solat. Padahal itu merupakan basic as a muslim. Rukun tak cukup, engkau bukan muslim ! Suku abad dilahirkan sebagai seorang Islam masih tidak tahu apa itu aurat. Lihat Roger Faderer bersluar pendek, lihat Lin Dan, berseluar pendek, lihat Salman Khan , berseluar pendek,  lihat PSY , berseluar pendek dan lihat Sarifudin pon berseluar pendek. Aku dah konfius mana satu orang Islam.  Setakat nak teka bangsa aku tahu lagi.

Ok, berbalik kepada ilmu. Ilmu akhirat itu membantu kita membuat pilihan. Dalam kisah hidup ini , apa yang akan dinilai itu sebenarnya pilihan. Allah yg Maha mencipta telah menciptakan manusia dan memberi petunjuk ke jalan yg benar, yg diredhai, yg lurus.  Melalui KitabNya dan juga RasulNya. Allah juga telah memberi petunjuk kepada mereka yg tidak mahu mengikuti 'jalan yg lurus' itu, apakah akibatnya. Senang ceritanya, satu ke syurga, satu ke neraka. Jadi dengan apakah kau mahu membezakan antara dua jalan ini? jawapannya dengan ilmu !

لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦
Terjemah Surat Al Baqarah Ayat 256
Tidak ada paksaan dalam  agama , sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui 
         Click sini utk tafsir ayat ini 

Jadi dengan mempelajari ilmu akhirat ini, dan meyakininya, dengan jelas ia akan membantu kehidupan didunia. Dengan jelas ia akan membantu kita membuat pilihan. Sebagai contoh , untuk makan. perlu ada pengetahuan halal dan haram. Halal dan toyiban. Sudah tentu kita tahu mana restoran kita nak pegi makan. Begitu juga pilihan kerjaya, dengan mengetahui hukum sudah tentu kita tahu mana kerja yang baik dan mana kerja yang menjurus ke arah maksiat. Begitu juga pemilihan pemimpin. Sudah tentu kita tahu mana pemimpin yg baik dan mana pemimpin yg dayus. Jadi jika pemimpin yg ada sekarang ini diketahui tidak amanah, malah mengabaikan agama, salahkan pemilih mereka yang tidak mempunyai ilmu dan selalu ditipu.

Apa yang perlu adalah kesungguhan untuk mempelajari ilmu. Supaya tidak tertipu . Dengan ilmu juga, kita akan mengetahui mana yang lebih utama berbanding yang kurang utama. Dengan ilmu juga , kita boleh menapis , siapa yg boleh dipercayai, siapa yg diragui.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Hadith ini biasa kita dengar. Tapi berapa ramai yang merebutnya? Bukankah majlis ilmu itu taman-taman syurga? tapi masing-masing tak endah seolah tak bersungguh untuk ke syurga. Untuk pemahaman yang mudah mengenai hadith ini,  ianya seolah-olah pre-heaven, atau pra-syurga sebelum ke syurga sebenarnya. Sebagaimana kita faham pre-wedding menuju ke real wedding. Begitu juga pre-production sebelum production. Bagaimana? kerana didalam majlis ilmu itu diajarkan jalan-jalan menuju keredhaan Allah dan menuju ke ganjarannya iaitu syurga. Juga diajarkan dan diingatkan tentang jalan yg sesat supaya kita tidak menuju ke neraka, sekaligus berpeluang untuk ke syurga. Jadi amat sesuailah gelarannya sebagai taman syurga. Jadi kadang-kadang merasa hairan, mereka itu semuanya mahukan syurga di akhirat, tetapi mengapa dipinggirkan taman-taman syurga didunia? adakah mereka terlalu sibuk dgn kerja sehingga meminggirkan taman syurga ? adakah mereka lebih suka berhibur didunia berbanding berhibur tanpa batasan di syurga kelak ?



Memang tidak dinafikan, menghadirkan diri ke majlis ilmu itu sangat mengantukkan, tetapi adakah mereka tahu, bahawa tertidur di taman syurga itu lebih baik daripada tertidur dirumah yg selesa depan tv ? menghadirkan diri saja sudah mendapat ganjaran, apatah lagi jika ilmu itu difahami dan diamalkan. Bertambah baik jika ilmu itu bermanfaat untuk orang lain. Tambah-tambah lagi majlis ilmu itu diadakan di masjid. melangkah kemasjid dgn berwuduk, dpt menghapus dosa kecil. Bersolat jemaah, 27 kali ganda, berniat iktikaf dapat pahala, duduk dalam majlis ilmu, didoakan ole para malaikat. Dan bermacam-macam lagi ganjaran pahala yg lain. Adakah kamu melihat ganjaran ini tidak lumayan ?

Akhir kata untuk sesi pertama ini, carilah ilmu. pergilah ke majlis ilmu. Sementara kamu masih muda. sementara masih segar minda . Sementara masih ada tenaga.  Jangan sampai kelak kita akan disalahkan oleh anak cucu kita kerana kejahilan kita. Jika kita jahil dalam agama, sudah tentu anak isteri juga tiada didikan dan batasan agama. Jadi hasilnya, keluarga akan menuju porak peranda, haram dan halal bercampur, maksiat di pejam sebelah mata. Ini akan menghasilkan generasi yg buta hati lalu berbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat berlaku.

Seperti kata-kata sahabat. "Jika bapak pakai seluar pendek, jangan hairan anak dara dia pkai baju nampak tetek"

Semoga aku dan kamu semua mencintai, mengamal dan berkongsi ilmu. Semoga mendapat ilmu yang benar dan dijauhi dari ilmu yang sesat. Semoga kita semua peroleh rahmat Allah.

Sekian.

P/S - Jika salah tolong tegur. Teguran yg benar itu juga ilmu. 


Friday 6 September 2013

Bersederhana Di dalam Perbelanjaan Negara


Jikalau kesederhanaan dituntut di dalam perbelanjaan individu, maka perkara yang sama juga dituntut di dalam perbelanjaan negara. Ia hendaklah dilakukan bermula dari ketua negara dan mereka yang berada di bawahnya. Bahkan sewajarnya pemimpin umat Islam hendaklah menjadi teladan kepada umat Islam dari segi berhati-hati tentang harta negara serta mengurangkan kemewahan dan kekayaan mereka.

Nabi s.a.w yang merupakan pemimpin tertinggi umat Islam adalah orang pertama yang berlapar dan orang terakhir yang kenyang. Abu Hurairah r.a berkata: " Rasulullah s.a.w telah meninggalkan dunia dalam keadaan tidak pernah kenyang dengan roti gandum" . Aisyah r.h pula pernah berkata: "Rasulullah tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut-turut. Kalau kami mahu, kami boleh makan sehingga kenyang, akan tetapi Baginda selalu lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri"

Rasulullah s.a.w menolak untuk menggunakan alas tidur yang empuk. Bantal Baginda s.a.w dibuat dari kulit pokok. Rasulullah s.a.w tidur di atas tikar sampai terdapat kesan pada lambung Baginda. Rasulullah s.a.w. wafat di dalam pakaian yang sudah lusuh dan sarung yang kasar.Begitu juga keadaan Abu Bakar, Umar dan Ali Radhiyallahu'anhum. Umar berkata: "Perumpamaan aku dengan harta ini (harta kerajaan) adalah umpama wali kepada anak yatim. Jika mencukupi aku tidak menyentuhnya, tetapi jika aku memerlukannya aku akan ambil dengan baik".

Kita tidak meminta para pemimpin kita agar menjadi seperti mereka yang agung ini, cuma kita mahukan agar mereka bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan harta awam, serta tidak membahagikannya kepada kaum kerabat, anak menantu dan kroni-kroni mereka. Banyak dari kalangan pemimpin kita yang menyangka harta negara adalah hak milik mereka. Oleh itu, mereka menguruskannya menurut apa yang mereka suka. Jarang sekali terdapat mana-mana pihak yang mengaudit mereka.

Hatta, negara-negara yang mempunyai Parlimen, Jabatan Pengawasan atau Jabatan Audit Negara, mereka tidak dapat menyentuh perkara-perkara yang bersangkutan dengan pemimpin negara serta mereka mempunyai hubungan dengannya.Di sana terdapat pihak-pihak tertentu yang membelanjakan wang negara tanpa sebarang pengawasan dan batasan yang menjadi tanda tanya dikalangan ramai orang serta pihak-pihak yang berkaitan dengan media massa, sukan dan polis serta tentera. Pada masa yang sama, mereka amat berkira dan memberikan peruntukan yang sedikit dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, kesihatan, pengagkutan dan khidmat masyarakat.

Syarak mewajibkan agar diwujudkan keseimbangan antara pelbagai kepentingan dengan mendahulukan perkara-perkara keperluan asas berbanding perkara-perkara sampingan dan seterusnya...Syarak juga mewajibkan agar mendahulukan perkara yang berkaitan orang ramai berbanding dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kelompok-kelompok tertentu. Begitu juga mesti mendahulukan kepentingan golongan miskin dan lemah berbanding dengan golongan kaya dan pembesar.

petikan dari buku " Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan" tulisan Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi. Terjemahan Ustaz Mohammad Zaini Yahaya.

Dalam ciri kesembilan : Ekonomi & Harta (m/s 346-347)







Wednesday 4 September 2013

Perubahan, Sayang dan Benci.

Assalamualaikum

Manusia itu semuanya berubah. Dari seorang bayi ke seorang kanak-kanak ke seorang remaja ke seorang dewasa dan akhirnya menjadi seorang yg tua. Begitu juga perubahan tingkah laku. Dari kebudak-budakan kepada kematangan. Daripada kejahilan kepada kepandaian.

Perubahan yg terbaik adalah dari kejahilan kepada kefahaman (berilmu) juga Kejahatan kepada kebaikan. Ini yang dituntut dalam kehidupan. Dewasa ini, memang kelihatan yg sedang melakukan perubahan itu memang banyak. Rata-ratanya adalah golongan muda. Mereka sukakan ilmu berbanding kejahilan. Mereka sukakan kebaikan berbanding kejahatan. Ini adalah fenomena yang baik untuk masyarakat. 

Tetapi, kadang2 masyarakat mencemuh kerana disebalik kebaikan itu , masih terdapat ketidak-elokkan sikap yg masih belum dibuang. Mungkin aku salah seorang dari mereka, yg mencemuh. Mungkin juga aku salah seorang dari mereka, yg dicemuh. Untuk masalah ini, marilah kita berlapang dada. 


Yang dicemuh,
Ambil la teguran dan cemuhan itu dengan tenang hati, jika ianya benar. Memang benar kita masih belum elok sepenuhnya walaupun telah melakukan perubahan. Fahamilah perubahan itu tidak boleh serta merta. Akuilah kesilapan dan kejahilan. Berusahalah untuk memperbaiki dan menjadi lebih baik. Minta la maaf ke atas mereka. Dan jika ianya cemuhan yg tidak berasas, bersabarlah. Jangan terus melenting , kerana kamu harus faham. Mungkin mereka tidak faham seperti apa yg kamu faham. Mungkin penjelasan kamu, masih belum kukuh , untuk membuatkan mereka benar2 faham apa yg kamu ingin sampaikan atau, mungkin kamu berniat baik, tapi perbuatan kamu kelihatan biadap di mata mereka. Berlapanglah dada. Hentikan perbalahan, dan carilah alternatif lain untuk kamu sampaikan pandangan kamu dgn lebih berkesan. Jika kamu tidak berkeupayaan juga, bersabarlah, berdoalah agar kamu dan mereka diberikan petunjuk oleh Allah. Berdoalah seperti Nabi musa kepada Tuhannya. 

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


Yg Mencemuh.
Maafkanlah mereka. Kamu juga harus faham, sesungguhnya perubahan itu bukan serta merta. Mungkin mereka sudah berubah dari segi perbuatan, tetapi masih belum berubah pada perkataan. Mungkin mereka sudah mendekatkan diri dgn agama, tetapi masih belum berjauhan sepenuhnya dengan akhlak buruk, ego dan juga tabiat lama. Mungkin masih belum 100% kebaikan, tetapi bukankah ianya sesuatu yg elok walaupon hanya 30%? Even 10% pun? Fahamilah hakikat ini. Fahamilah juga konsep utamakan yg lebih utama. Contohnya, yg lebih utama itu pemahaman tauhid/akidah berbanding ibadah. Bagaimana seseorang itu mahu beribadah sedangkan dalam konsep akidahnya telah salah? 

Oleh itu, berlapanglah dada. Bantulah mereka dengan penuh hikmah untuk menghampiri markah penuh itu. Jika kamu "mengondem" mereka tanpa hikmah, sedangkan mereka juga tidak memahami secara hikmah dan berlapang dada, disini syaitan akan mengambil kesempatan, sehingga boleh menghasilkan perbalahan yang lebih besar. 


Tetapi, pandangan ini adalah khusus cemuhan dlm konteks perubahan kearah kebaikan. Bukan cemuhan keatas kesesatan dan kemaksiatan nyata yg tidak berhasrat atau tiada tanda kearah kebaikan. Malah boleh merosakkan akidah dan juga pemikiran masyarakat keseluruhnnya. Bukan juga cemuhan keatas sikap kezaliman, keegoaan terhadap perintah Allah serta melampaui batas sehingga menghampiri, malah mencapai tahap kesyirikan. Diatas sebab ini, memang boleh mencemuh, malah membenci perbuatan tersebut.  Kerana kamu semua mempunyai alasan yg kukuh dimana kamu membenci sesuatu, atas sebab kemaksiatan atau kekufurannya terhadap Allah. 


Kesimpulan.

Semua diantara kita mahukan yg terbaik, sehingga untuk mendapatkan yg terbaik itu kadang2 membuatkan kita bencikan sesuatu yg menghalang daripada mendapat kebaikan itu. Jadi, nasihat untuk diriku dan kamu semua. Carilah ilmu, agar kita dapat mengenal pasti apakah kebaikan dan kejahatan sebenar. 

Supaya aku dan kamu, menyukai sesuatu kerana Allah, dan bencikan sesuatu kerana Allah.

Thursday 1 August 2013

Mintalah Maaf. Berilah Ampun

Assalamualaikum. 

MINTA MAAF

Seikhlas nya. Serendah-rendah hati. Aku ingin meminta maaf sedalam-dalam nya. Atas kekasaran kelancangan kebiadapan aku terhadap kamu semua. Samaada disengajakan atau tidak. Samaada berbentuk percakapan , penulisan atau perbuatan. Kadang2 diri ini berniat baik, tapi disebabkan tiada akhlak dan kurangnya ilmu maka yg baik itu boleh melukakan dan membencikan. Kadang2 diri ini berniat bergurau, tetapi ter melampau sehingga mereka berkecil hati, dan aku risau. Oleh itu aku berusaha untuk meminta maaf dari kamu semua. Maafkanlah aku. 

Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan suka mengampun. Tetapi manusia belum tentu. Keampunan Allah itu dibuka seluas-luasnya pada waktu2 tertentu. Tetapi tidak manusia. Jadi sebelum habis nya peluang itu , Marilah kita rebut pengampunan Allah dan berlindung dari azabnya yang maha dasyat. Begitu juga dengan kemaafan manusia. Kena la berusaha untuk meminta maaf. Berikanlah hadiah, belanjalah makan , atau apa saja. Jika masih sukar, berdoalah pada Allah agar si pemarah dilembutkan hatinya. Kerana Allah lah yg memiliki setiap hati-hati manusia. Dan jika kita sendiri adalah pemilik hati si pemarah itu, maafkanlah. Kerana itu lebih baik dan berakhlak. Kerana itu lebih menenangkan . Maafkanlah dengan sifat kasih sayang sesama manusia, semoga Allah akan sayang kepada kamu. 


Marahlah sesuatu kerana Allah, Bencilah sesuatu kerana Allah, Musuhilah seseorang kerana Allah. Juga, sayangilah seseorang kerana Allah.  Berusahalah menjadi terbaik. 


" Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan suka mengampun , aku berharap kamu pun " 


Selamat beribadah diminggu terakhir Ramadhan. Selamat menyambut Aidilfitri. 
Semoga kamu semua peroleh rahmat Allah.

Friday 14 June 2013

SYRIA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

Ketika kita bangun pagi happy, Bersiap2 pakai baju pergi kerja, hantar anak kesekolah. Mereka bangun pagi, berhati-hati dari terkene peluru, anak2 bermain2 di celah2 bangunan runtuh.

Ketika kita lapar, boleh pilih makanan yg enak dan lazat. Mereka lapar, kekurangan makanan, menunggu bantuan, terpaksa minum air di lopak ditepi jalan.

Wanita kita bergembira, bershopping dengan rambut mengerbang, berpakaian cantik dan seksi. Wanita mereka dihina, dirogol, di seksa, di bunuh, dan dijadikan umpan perang. 

Bapak2 kita gembira , hidup dalam harmoni, bermain dengan cucu, lepak di kedai kopi. Bapa2 mereka diseksa untuk hiburan. ditampar, di tendang, dimaki.

Emak2 kita disini aman, memasak masakan kegemaran. perhiasan penuh ditangan. Emak2 mereka disakiti, dirampas perhiasan, ditendang, ditarik tudung, di buli sedang keluarganya didepan. 

Kucing2 kita disini comel. makan friskies, berbulu lebat, menjadi sahabat karib kita. Kucing2 mereka ditembak, binatang2 ditolak ke gaung, kambing2 dijadikan sasaran peluru. 

Pemuda2 kita hipster, pergi ke konsert, boleh pergi dating , berseluar pendek, berbasikal dan berfutsal. Pemuda2 mereka, berjemaah, berperang, membaca Al-quran, cacat anggota tapi masih menghunus senjata. Syahid itu cita-cita.




Kalau diberi mereka duit, apa yg boleh mereka beli dalam keadaan ini?

hmmm...


Allah memberi mereka dugaan yg hebat, Untuk membuktikan iman, untuk  diberikan ganjaran, dihadiahkan bidadari cantik menjadi teman dan menerima ticket fast lane ke syurga , itulah sehebat2 kurniaan. 

Sedangkan, Allah juga menguji kita dari jauh. Walaupon bukan berjiran, kita tahu mereka ditekan, jadi apakah tindakan? hanya memerhatikan? mereka tiada kaitan, jadi tidak boleh campur tangan? 


Untuk di Malaysia,

Bukan tidak bersyukur dengan keamanan, tapi takut terlalu leka, sampai lupa suruhan dan tidak hiraukan larangan. Kemaksiatan menjadi kebanggan. Sehingga tiba kemurkaan. Maka turun bala kesosialan, peperangan, Islam ditimpa kehinaan. Semua kerana tidak mengikut garis panduan, yg telah Allah tetapkan.

Jadi, tunjukkan sokongan, keluarkan bantuan, dalam diam atau suarakan.

Sementara itu, kuatkankan iman, kembali pada Al-quran. Amalkan sunnah yg ditingalkan. Kumpulkan kekuatan, bersama jemaah dan ulama sebagai pimpinan. 

InsyAllah bila tiba masanya, Islam akan menang. 

Now persoalannya, ketika Islam masih tidak menang, dimanakah anda?
Dan ketika Islam itu menang, adakah anda terlibat ? 


* Hulurkan bantuan, dapatkan update berkenaan syria di 
https://www.facebook.com/syria.care 

Tuesday 4 June 2013

WAJIB BACA !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
Bukan artikel ni yg korang WAJIB BACA. Tapi Al-Quran yg korang WAJIB BACA



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤)    عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
            [1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. [2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku [3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah [4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan [5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. 

            Surah Al-Alaq 1- 5

Berikut adalah wahyu pertama yg dibawa oleh Jibril kepada Nabi Muhammad saw. Seperti yg kita semua maklum, Nabi Muhammad saw , merupakan nabi yg terakhir yg melengkapkan agama yg diredhai Allah untuk umat manusia. Iaitu Islam. Untuk membawa satu yg sangat besar, satu tanggungjawab yg sangat hebat, sehingga kedudukan Nabi Muhammad itu sendiri sangat tinggi disisi Allah. Allah memerintahkan Nabi kita untuk memulakan misi yg mulia itu , dengan MEMBACA. Secara amnya, membaca itu dimaksudkan dengan mencari ilmu. Dan secara khususnya, membaca dengan Ilmu Al-quran, Kalam Allah. " Dia yg mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya " Itulah ilmu yg paling benar. 

Cukuplah itu untuk introduction. Jadi nya, apa yg ingin disampaikan adalah, betapa pentingnya membaca, khususnya membaca Al-quran. Ianya sangat terserlah betapa banyaknya ilmu yg Allah telah ajarkan kepada manusia didalam kitab ini. Ilmunya merangkumi semua bidang & semua aspek kehidupan. Samaada kehidupan didunia mahupun akhirat. Di lengkapkan lagi oleh penerangan/penjelasan melalui sunah2 Rasullulah yg telah dipraktikkan untuk menjadi contoh kepada kita. 

So.. dimanakah letakknya Al-quran ini disisi kita sekarang? kita lebih banyak baca buku2 novel rekaan drpd membaca Al-quran. Kita lebih banyak baca buku mat saleh drpd Al-quran. Kita lebih banyak baca buku biografi daripada baca Al-quran. Kita lebih banyak baca buku puisi drpd baca Al-quran .Kita lebih banyak dengar musik berbanding bacaan Al-quran. Apakah buku2 novel itu boleh menyelamatkan kita di hari akhirat? adakah biografi orang ternama itu boleh menerangkan kita didalam kubur? Adakah 'quote' orang2 putih itu berguna di padang mashar? Hidup ini kene realistik. Jgn berfantasi untuk hidup dgn tidak berlandaskan hukum, dan menginginkan syurga.. Realitinya, kita semua akan mati. Realitinya kita akan masuk kubur. Realitinya kita akan ditanya di padang mashyar. 

Dengan membaca Al-quran, lebih tepat lagi, memahami kandungan Al-quran, kita akan lebih berhati2 dengan kehidupan. Contoh paling senang, korang nak makan pon akan lebih berhati2 memilih makanan. Sebab dalam Al-quran sendiri ada menyatakan apa yg diharamkan untuk makan. Begitu juga bab aurat. Dalam Al-quran ada menyatakan guideline berpakaian. SO... wahai orang2 yg mengaku Islam lelaki dan perempuan. Adakah anda berfantasi untuk hidup seperti artis2 barat, dengan memakai skirt dan seluar pendek. dan memakan apa saja tanpa kira halal haram, hidup berkiblatkan dunia semata2. tiada usaha untuk belajar Al-quran dan sunnah, tanpa rasa bersalah, dan bila mati korang nak masuk syurga ? 

Itu baru bab makan dan aurat . Guideline hidup dari Al-quran itu merangkumi semua, termasuk akidah, sosial, perundangan (hudud), siasah (politik), ilmu fizik, sains, sejarah, Ilmu dunia, dan Akhirat (selepas dunia) dll. Jadi Al-quran ini, bersama dengan penjelasan melalui Sunah Rasulullah adalah sebuah guideline yg paling lengkap yg disediakan khas oleh Allah untuk makhluknya bernama manusia. Melalui guideline ini manusia dibawa untuk mencapai satu level yg benar2 berserah diri kepada Allah. Level dimana hanya mengharapkan "redha" Allah. Itulah nikmat yg paling tinggi. 

Jadi, kepada manusia, khususnya kawan2, bacalah Al-quran. Belajarlah membaca dengan betul. Bacalah tafsir. Fahamilah maksudnya. Beramallah denganya. Carilah guru untuk belajar. Jgnlah faham sendiri2 je. Terlalu sibukkah korang sampai tiada masa untuk membaca dan belajar? Belajar ilmu dunia bertahun sampai dapat ijazah bolehkan? Jadi tiada alasan.

Segan? Hipster dalam dunia urbanisasi cmni seganlah nk belajar mengaji kan? Jadi carilah kawan yg sama2 ingin belajar. xde la segan. Bila faham kepentingan dan keperluan Al-quran itu, InsyAllah keinginan untuk belajar itu mengatasi keseganan.

Jadi janganlah segan untuk belajar mengaji. Kebaikan Al-quran itu lebih berharga dari sebiji Lamborghini. Malah lebih berharga dari duniawi . 


Hipster pon kene baca Al-quran. 

Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)


Menulis bukan sebab aku ilmu tinggi. Bukan sebab aku alim. Artikel ini hanya bertujuan mempromosi kan Al-quran. Tak perlu jadi Ustaz utk mempromosikan Al-quran. Semoga Allah meredhai aku dan kita semua. 

Sunday 12 May 2013

Zaman Apa ?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.


Terus terang, semua mengakui , sekarang ini kita berada di akhir zaman. Kalau kita tgk skrg fitnah merata2. Fitnah di level yg menakutkan. menjijikkan. Fitnah yg membingungkan. Sampai ada yg putus asa dgn keadaan sekarang. Lalu mereka ignore semua , dan hanya melakukan apa yg dia suka. Fitnah yg paling ketara paling jijik ialah politik. Lalu mereka yg putus asa, yg kecewa akan berkata lebih kurang camni. " arrhhh i hate politik, dua2 pihak pon sama je. fitnah sana sini, kututk sana sini, politik semua kotor, baik aku main musik, x kacau sapa2. ".  Lalu dia memilih apa yg dia rasa betul untuk dia buat. 


Well, pemahaman apa yg berlaku zaman sekarang ini, sebenarnya luas. Ia bukan sekadar politik. Ia bukan sekadar pilihanraya. Ia bukan sekadar Malaysia dan ia bukan sekadar dunia. Pemahaman fitnah akhir zaman ini melangkaui politik, pilihanraya , melangkaui BN, PR or what ever. Pemahaman ini sampai ke kehidupan selepas mati.  Sebabnya, apa yg berlaku di zaman ini akan memperlihatkan bagaimana manusia itu sendiri menghadapi zaman fitnah itu. Cuma ada 3 golongan ,


1- Yg hidup dgn mengiyakan atau melakukan fitnah

2- Yg Lari daripada fitnah/masalah dan membuat keputusan sendiri ( tanpa ilmu )
3 - Yg menghadapi zaman fitnah dgn ilmu, dan nasihat Nabi. 

Sekarang cuba check, mana satu golongan kita termasuk ? Dan golongan manakah paling terbaik dan selamat ? 


Untung kucing, tidak terlibat dalam fitnah


Sebab itu , ilmu perlu dicari. Untuk golongan pertama, dan tentu2 rosak, berdosa. Golongan kedua pula tidak pasti , manakala golongan ketiga adalah yg terbaik dan selamat. Apa bukti nya ? Perkara ini bukan rahsia. cuma manusia je yg bebal xnak faham. 

Cerita kehidupan manusia ini cuma ada dua kesudahan. Sesat ataupon tidak sesat. Syurga atau neraka , Baik ataupun jahat. Tidak ada yg di tengah2. Jadi macam mana nak survive hidup di akhir zaman ini ? di zaman fitnah ini ?  Macam mana untuk tidak sesat ? Itu soalan yg paling utama dalam kehidupan. tidak kisah politik atau tidak, persoalan itu merupakan soalan yg paling utama. 


Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).



Hadith ini bukan 'rare' . hadith ini selalu kita dengar. tapi berapa ramai yg praktikkan hadith ini? berapa ramai yg beramal berpandukan hadith ini ? Dalam hadith ini telah diberikan jawapan. Nabi Muhammad s.a.w, menjamin kita tidak akan sesat selamanya. Jadi cuba kita check balik. Adakah jalan hidup kita ni sesat atau tidak. Biar aku jawab kan. kalau kita hidup Al-quran x pernah baca atau tidak pernah cuba untuk memahami, atau menafikan hukum dalam Al-quran..mengatakan hudud itu ciptaan ahli feqah. Tidak ada usaha mempelajari Hadith2, Sunah x pernah ikut. Malah siap mempermain kan sunah2 nabi termasuk janggut. Confirm hidup ko sesat. walaupon ko ni negarawan . Ada siapa x setuju ?  Sujud la depan kaabah sampai dahi ko lebam pon, kalau 2 Benda ni ko x ikut , tetap ko sesat . Jawapan dah ada , tapi kenapa manusia taknak ikut ? kenapa manusia mengabaikan Al-quran dan sunah ? Dalam Al-quran itu sendiri ada guideline untuk hidup di jalan yg lurus (tidak sesat) . Di tambah lagi dengan sunnah Rasullullah untuk menerangkan apa yg dijelaskan dalam Al-quran.  Tapi manusia angkuh . 


Aku pun hidup mcm korg. Hidup dizaman korang. bekerja dizaman korang. Berhibur dizaman korang. Cara hidup kita pon x byk beza. So aku tau sangat, bila masanye kita meluangkan masa untuk 2 perkara yg ditinggalkan Nabi itu. Jawapan nye ZERO. Dah tu kalau zero , kita ni sesat ke tak? yakin ke ni x sesat ? 


Begitu juga dengan berita2 fitnah. telah dijelaskan dalam Al-quran.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].


So, maksudnya, jika orang itu kategori fasik, kita kene kaji dulu berita itu benar atau tidak. Then secara tidak langsung, kita juga perlu mengenal ciri2 orang fasik itu. Barulah selamat dari fitnah, kalau x pon at least kita berhati-hati. 

Jadi moral of the story nye, kita ni kalau xnak sesat kena berilmu. Ilmu apa ? Bukan ilmu Photoshop. Seperti yg nabi wasiatkan, iaitu Al-quran dan Sunnah. Dan kedua ilmu ni bukan boleh belajar sendiri je. Kene cari2 ulamak2 , ustaz2. dan orang yg alim. kena pergi majlis2 ilmu. Kena pergi masjid. Kena baca buku2 tulisan ulamak. Kene selalu bersama ulamak dan orang alim. X cukup sekadar doa kt social media , supaya Allah lindungi dari fitnah semasa hidup dan lepas mati dan fitnah dajjal, tapi sikit usaha untuk mempelajari ilmu Al-quran dan sunah xde. Kene berusaha, jalan tu dah ada, kenapa xnak ikut.



At the end of the day, hati itu milik Allah. Hidayah itu milik Allah. jika Allah tidak izinkan , cakaplah apa pon, minda kita masih tidak akan terbuka walaupon kebenaran sudah didepan mata. Marilah kita sama2 berusaha berpegang teguh kepada apa yg Nabi telah wasiatkan. Agar kita tidak sesat. Semoga Allah ampuni dosa aku dan kita semua yg banyak sangat tak terkira oleh akal manusia. Ingatlah besar mana dosa kita , besar lagi keampunan Allah itu. Maka mintalah ampun dari Nya.




Antara buku yg boleh dibaca untuk memahami zaman fitnah & akhir zaman.







Wednesday 20 March 2013

TETAMU

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Artikel ini berkenaan dengan MASJID. Tempat yg tenang , tapi ramai yg x datang. 




Aku lihat dan sedar, kita ni jarang2 pergi masjid. Paling2 pon kita akan pergi seminggu sekali. Itu pon nasib baik Solat jumaat itu wajib tunaikan dekat Masjid. Kalau tak , confirm sangat kita ni x pergi Masjid. Kalau tak pon dalam setahun kita akan pergi masjid time bulan Ramadhan, nak gi solat terawih.  Campur dgn solat Hari raya Aidilfitri , dgn Hari raya Korban. Kalau kira-kira , setahun ada lebih kurang 52 weeks (52 x Jumaat) campur bulan puasa, katalah kita istiqamah gi masjid 30 hari . Campur 2 lagi solat hari raya . Kita akan pergi masjid 84 kali  je setahun. Markah full untuk pergi ke Masjid ialah , 365 hari x 5 waktu solat + 2 solat hari raya. Sama dengan 1,827 kali kita patut pergi ke masjid. Jadi 84 daripada 1,827  hanya lebih kurang 4% sahaja score kita setahun.. Extremely....sikit.  Camne nk dapat syurga ni geng ? 10% pon x sampai.. 


Kita semua tahu dan sedar, bagi seorang lelaki, bersolat jemaah itu lebih baik berganda2 dari solat seorang diri di rumah. Abestu , sedar je ? tahu je ? xde action ? xde usaha pon nak gi masjid ? Apa alasan ko ? Sibuk kerja ? Malam nak rehat ? Abestu pergi concert boleh je. Pergi mall ade je masa. Pergi Uptown seronok je. Pergi berlari2, berbasikal , berskate board, berfutsal, banyak je masa. Apa yg buat korang sibuk sangat bekerja tu sambil abaikan rumah Allah ? sebab nak cari rezeki kan ? sbb nak cari nafkah untuk kelaurga kan ? Abestu korang sedar ke tak siapa yg Maha memberi rezeki ? Allah yg maha memberi rezeki. Rumah Allah pon korang xnak singgah. Ramai orang berlumba-lumba mencari rezeki. Tapi tak ramai yg berlumba-lumba mendekati Maha pemberi rezeki. 


Bercakap pasal rezeki pula, ianya sinonim dengan kejayaan. Kita ni , melayu ni.. kita semua berangan nak kepada kejayaan. Sanggup beli buku biografi orang2 kaya untuk motivasi diri. Benda x salah der.. tapi, bila ada seruan "Marilah menuju kejayaan" 10 kali sehari.. korang ignore je.. buat2 pekak je... Yg panggil ni Allah tau. Allah tu yg bagi mamat yang ada buku biografi tadi tu kaya. Siap bagi dia oksigen untuk bernafas. Bagi dia otak untuk berfikir. Tapi korang lebih rela baca buku tadi tu, dari sambut seruan Allah. 



Mengimarahkan masjid itu , banyak kelebihan dan faedahnya. Setiap langkah kaki, setiap titisan petrol , setiap putaran roda, setiap kayuhan basikal atau setiap halangan tol yg kita lalu untuk menuju ke Masjid, Allah tidak akan sia-siakan.

sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Jika seseorang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian berangkat solat dengan niat hanya untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu darjat dan hapus satu dosa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Nabi dah ckp, pergi ke masjid dapat menaikkan  darjat, dan menghapus dosa. Offer ni bukan main2 der.. Offer ni benar der... Banyak lagi offer berkaitan dengan masjid ni. Korang duduk2 saja , berniat iktikaf dalam masjid je pon dah dapat pahala. Dan, salah satu golongan yg mendapat naungan Allah di padang mahsyar ialah seseorang yang hatinya terikat dengan masjid. Oh ya, aku perhati, sejak dua menjak ni, Masjid2 di Selangor sekarang ni sangat aktif dengan majlis2 ilmu. Hampir setiap hari slot selepas Maghrib mempunyai pengajian ilmu2 agama. Subuh setiap hujung minggu ade kuliah subuh. Siap ada kursus2 yg lain spt , haji , kursus uruskan mayat etc.. Dan sejak 2 menjak ni peningkatan mendadak anak2 muda suka ke Masjid dgn munculnya ustaz2 yg menyampaikan ilmu, dengan cara yg mudah difahami dan diterima semua orang dan juga kelakar.. Alhamdulillah.



Masjid Asy Syariff Meru

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: " ... dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan turun kepada mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh limpahan rahmat, mereka pula dilingkungi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya". (Hadith Sahih - Riwayat Muslim) 

See.. mengikut hadith ni , boleh dapat ketenangan, diliputi limpahan rahmat serta dilingkungi oleh malaikat... Kat masjid je dapat ni.. Kalau slot lepas maghrib korang layan drama tv3 , layan buletin utama.  Ape bende korang dapat? Drama tu dah confirm melalaikan.. Berita tu plak , hmm malas nk cakap..

Masjid pada zaman Nabi Muhammad saw, adalah pusat pemerintahan. Pusat Ilmu , Kem ketenteraan, ape lagi?.. Masjid juga tempat nabi menerima deligasi2 antarabangsa, dan banyak lagi. Untuk lebih detail boleh refer dekat sini. ( LINK ) . So siapa yg cakap xboleh poiltik dalam masjid, pergilah baca sejarah . Jgn bodoh sombong.

Sambung cerita, pada zaman nabi dan para khalifah, Masjid merupakan pusat bagi empayar Islam. Ini bermakna yg menjadi ketua kaum muslimin, bukanlah calang-calang orang. Dialah yg menjadi Imam untuk bersolat. Dialah yg menyampaikan khutbah. Dialah yg mentadbir negara. Dialah yg menjadi panglima perang. Dia juga merupakan orang yg boleh menjatuhkan hukuman (hakim) . Dia juga yg  boleh menyampaikan ilmu. Pastu menjadi orang no 1 dalam negara, tetapi dialah yg paling Zuhud. Pemimpin kita skrg ni cmne ? Ada jadi imam ? ada bg khutbah jumaat? boleh jadi hakim syariah ? Boleh ajar ilmu agama? Jauh sangat kan. terlampau jauh perbandingan pemimpin Islam dulu dan pemimpin yg mengaku negara Islam tapi... tapi.... tapi.... tolak hukum Al-quran.

Walaubagaimanapun.. di satu kawasan di muka bumi, Allah masih memperlihatkan kepada kita. Masih ada pemimpin yg mirip2 dan hampir2 gaya pemerintahannya dengan sejarah kegemilangan Islam dahulu. Memakai pakaian sunah, rekod pemerintahan yg cekap dan amanah. Jujur. Dialah seorang imam. Dia memberi khutbah jumaat. Dia yg mengajar ilmu agama kepada rakyatnya. Dia yg sering mengingatkan tentang akhirat. Dia yg mempunyai 30 juzuk dalam kepalanya. Dan dia merupakan tersangat Zuhud dan sangat dihormati dan termasuk muslim yg berpengaruh didunia Islam.


Penutup

Marilah kita semua cuba, mencari masa untuk ke Masjid. Masjid itu rumah Allah. Orang yg pergi ke masjid merupakan tetamu Allah. Allah pasti muliakan tetamunya. Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Agung. Kalau kita jadi tetamu orang2 kaya, dato2 , tan sri2 , tun2 even  sultan sekali pon kita dah bangga. Inikan pula menjadi tetamu Allah yang memiliki kekayaan total di langit dan di bumi malah di alam cakerawala. Cuba lah cari masa ke Masjid. Please kawan-kawan...

Kita ni pahala dah sikit, dosa bertimbun2, Allah dah bg offer yg menarik pon kita xnak amik peluang. Hebat sangat ke kita ni ? Jangan sombong der.. Yang ingin disampaikan adalah pesanan. Yg memesan adalah seorang kawan. Supaya di masjid ada berteman. Dan, bersama mendapat rahmah, yg berkekalan. 




Saturday 9 March 2013

Doa Makan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.


Kalau orang Islam, sblm makan ada doa . Tp le ni , orang melayu islam , makan main belasah je ke mulut. Aku pon sama je sblm ni. Makan xde baca doa. Tp sejak2 dah tahu ni, elok lah kita baca doa makan. 



اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.


So ape ceritanya ? ape disebalik doa makan yg simple ni ? Apa yang korang pikir masa baca doa , masa makan tu ? Semua orang pon hafal doa ni. Kanak2 masuk tadikan pon, doa ni yg mula2 hafal. Tapi aku yakin ade yg tak tahu maksud doa ni. Kalau yg tahu pon , mungkin xde rase isi tersirat sebalik doa ini.




Allah suruh kita baca doa sebelum makan, Kalau perhati, untuk setiap perbuatan yg sesimple makan pon , Allah suruh kita ingatkan Dia dan juga akhirat. Allah suruh kita bermohon agar makanan yg kita makan diberkati, dan meminta agar dijauhkan dari api neraka.  Setiap kali makan , kita berdoa untuk meminta dijauhkan dari api neraka. Patutnya org yg membaca doa ni. sambil makan tu kene pikir neraka. Korang faham x ? Setiap kali makan ayam penyet , kene ingat neraka . Setiap kali makan pizza , kene ingat neraka . Setiap kali makan pavlova lova. kene ingat neraka. setiap kali makan Marche' kene ingat neraka . Setiap kali makan dekat TGIF , kene ingat neraka... Sbb itu lah tujuan doa ini . Dah tu cmne org yg x baca doa ? Mmg x ingat neraka la... Ade la jgk yg konon2 warak , mkn baca doa, sambil pkai sluar pendek. awek sebelah pkai legging harimau. Dah tu cmne ?, doa minta jauhkan dari api neraka , tapi pakai stock xde penyesalan ? Cmne ni geng ? korang faham x ? lagi sekali ,korang faham x ? 


Dalam bab makan. Allah ingatkan kita tentang api neraka. Dan neraka itu lawannya syurga. Maka syurga dan neraka adalah cerita Agama. So, setiap kali makan kita dipandu dan dinasihat oleh agama. Dalam bab makan pon kita perlu mengikut Agama. Sayugia itu..... jika benda sesimple makan itu di nasihat oleh agama, maka tidakkah benda2 lain itu perlu mengikut agama ?  Tidakkah bekerja itu perlu mengikut ajaran agama ? Tidakkah berpolitik itu perlu kepada agama ? tidak kah bersosial itu perlukan batas agama? Tidakkah perniagaan itu ada guideline dr agama ? Tidakkah hidup kita keseluruhannya perlu kepada Agama ? Allah telah menentukan , dan hanya redha kepada Islam sebagai agama manusia. Dan hanya Islam lah yang mempunyai ajaran yg merangkumi setiap aspek kehidupan. 

Ada orang complain sesetengah pihak menggunakan agama untuk tujuan politik. Well, betul sangat la tu. Agama bukan sahaja untuk kepentingan politik, malah untuk kepentingan setiap aspek kehidupan. untuk kepentingan kesejahteraan umat didunia, dan juga untuk kesejahteraan di akhirat kelak. Fakta yg tidak boleh disangkal.  Agama itu untuk kesejahteraan. Orang yg menolak agama je yg tidak sejahtera. 
Lebih baik menyokong orang yg mempergunakan agama untuk tujuan politik , dari menyokong orang yg mempergunakan politik untuk menghancurkan agama. Menidakkan hukum agama. menafikan Hudud dalam Al-quran dan menghina janggut nabi.. Itu pon masih korang sayang. 


Kesimpulan dari doa makan .

Janganlah kita mengasingkan agama dalam kehidupan. Menggunakan untuk urusan tertentu sahaja. Jgnlah letak agama hanya di Masjid, di surau, ketika bulan ramadhan. Jnganlah hanya pakai agama ketika orang meninggal, ketika dirasuk hantu , ketika nak melihat anak bulan  dan ketika khutbah jumaat sahaja. Bawalah agama itu ke seluruh kehidupan. Bawalah agama ke tempat kerja. Bawalah agama dlm manifesto politik. Bawaklah agama dalam perniagaan. Bwklah agama dalam urusan pentadbiran. bawaklah agama dalam perundangan. Pakailah hukum agama yg telah ditentukan Allah . Bersosiallah dgn batas agama. Apply lah agama dlm professionalism. Jgn lah harapkan tuan imam masjid, Ustaz2 sahaja. Jadilah doctor yg faham dn apply Islam . Jadilah engineer yg hebat dan apply Islam. Jadilah architecth yg power dan apply Islam. Jadilah pemuzik / penyair yg hebat dan memuji Islam .  Bangunkanlah negara dgn Islam. Yakin lah dengan Islam.. Dan untuk yg berada dikalangan aku, jadilah designer yg kreatif yg ingat hukum Allah. Yg tidak melalaikan suruhan Allah. Gunakanlah kreativiti kita untuk menegakkan Islam, untuk menyampaikan Islam kepada kawan2. Untuk mempromosi Masjid, Al-quran dan sesuatu yg baik . Bukannya menggunakan kretiviti anda untuk buat orang joget2 minum arak, mkn E, Party Sampai Pagi (PSP). Ataupun untuk menganjurkan sesuatu konsert/ event yg campur laki perempuan pkai hot pants dgn singlet pastu amik2 gmbr post instagram bangga. Korang kan Islam. Awat buat lagu tu ? Hidup ni mmg berbilang kaum. Tp akhirat esok ade 2 je kaum. Kaum yg rugi, Go to Hell.  Dan kaum yg beruntung, go to Heaven..

Islam itu bukan pilihan . Islam itu ketetapan tuhan.

Dan seperti biasa, aku ni tidak hebat dan bukan baik sangat.  
Tp aku bukan menulis untuk suka-suka. Setiap tulisan ada matlamat. 

(semua ilham daripada Allah. Adapun ilham itu dapat ketika makan)




Wednesday 6 March 2013

Si kancil Dgn Buaya.

Assalammuallaikum.

Tadi aku terdengar perbualan..

" Semalam ade orang jumpa duit 9000 siot. Mamat tu bangla. Dia terjumpa , pastu boleh dia gi pulangkan dekat bos dia. Bodoh sial.. pergghh.. 9 ribu tu... kalau aku la ... dah boleh beli kereta kancil sebijik cash... perghh bodoh sial mamat tu.."



Ulasan

1- Orang yg berbuat baik dan bersikap jujur, dilabelkan sebagai bodoh dan sial.

2- Kalau kerana hanya dengan 9 ribu , dan hanya sebijik Kancil idaman . Ko punye taste sangat teruk . Di dunia ko tak kaya. Kat akhirat pon ko terseksa. Bercita-citalah menjadi orang kaya yang boleh membeli dan mendermakan kereta untuk kegunaan orang lain . Bercita-cita lah untuk menghindari neraka. Bercita-citalah untuk ke syurga. Berusahalah .

3- Penilaian kita terhadap sesuatu perlu dibetulkan. Cara kita berfikir juga patut kepada perubahan. Yang baik itu, tetap baik dan terpuji. Yang jahat itu, tetap jahat dan keji. Yang haram itu , tetap haram dan dilaknati.


Kesimpulan

Jangan berfikir mengunakan akal fikiran semata2. Pandulah dengat Al-quran dan sunah Rasullulah. Tak pandai boleh belajar. Jika tersilap , minta la maaf. Sesungguhnya Allah itu maha pemaaf.




Tuesday 26 February 2013

TIANG

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Minta la maaf. Tapi Solat itu penting. Sangat penting. Ianya perintah khas yg Nabi dapat dari Israk Mikraj. Solat itu Rukun Islam . Tanpa solat maka x sempurna keislaman kita. Dalam era zaman2 hipster ni, memang susah kita nak istiqamah dgn solat. Tapi, apa2 reason pon , dimana2 pun, pada waktu apa2 pon, dalam keadaan apa pun Solat tetap wajib. Aku bukan ustaz, bukan juga seorang yg alim. Aku seorang yg pakai seluar senteng. Tapi dgn "Kesedaran atas tanggungjawab" aku akan cuba bercerita tentang solat dari perspektif orang2 mcm aku. 

Aku sendiri pernah melalui zaman yg tidak sedar. Meringankan solat. Meninggalkan solat. Malah pernah menipu dalam bersolat. Pernah solat sbb disuruh. Solat kerana tiada pilihan. Solat kerana menunjuk. Aku minta maaf . Then selepas musibah jiwa menimpa, selepas kekacauan fikiran berlaku , dalam satu period yg sangat menjatuhkan moral dan minda. Hanya satu jawapan kepada kerungsingan. Iaitu, 'back to fitrah' . Alhamdulillah. 




Back to Fitrah.
Selepas kesedaran timbul,  Ade 2 situasi, satu yg selesa dan tidak selesa. Masa mula timbul kesedaran , aku sangat termotivasi dan selesa bila berada di Meru. Ini kerana, disitulah terdapat ramainya rakan2 sebaya yg se"dapur" , se"grunge" , turut bersama melakukan solat. Merasai kepentingan agama. Memenuhi masjid berjemaah pada solat fardu. Selesa kerana aku tidak keseorangan. On the other side, berada diluar Meru, terasa agak janggal, malah malu untuk menunaikan solat, akibat suasana yg tidak menyokong. Cabaran yg agak tinggi. Ketika sedang lepak2 , sebenarnya hati runsing untuk bersolat. Bertambah rungsing bila hampir habis waktu. Nak excuse dari sesi lepak tu pon malu nk bagi alasan nak pegi solat. Risau org kata aku dah alim, aku dah taubat etc. Padahal solat itu wajib. Aku gerenti dilema ni pernah dirasai oleh orang yg sudah merasakan tanggunjawab solat itu. Maka, dalam keadaan masih baru itu, kita pon seolah2 melakukan solat secara sembunyi2. Slowly ia telah memberi kekuatan untuk melakukan secara terang-terangan tanpa rasa malu.

Jadi, bg mereka yg sedang mengalami proses itu, cari lah kawan2 yg boleh menyokong anda. Carilah ruang yg selesa. InsyAllah, ianya akan jadi lebih baik. 


Perlaksanaan
Perlaksanaan terbaik dalam melakukan solat itu ialah melakukannya diawal waktu, lebih baik lagi secara berjemaah, dan yg triple terbaik berjemaah di Masjid. Pada mula2 pon, aku pon malu untuk berjemaah. Kalau masuk surau mesti solat nak tepi2 dinding, saf belakang2 skali. Sbb takut2 org 'sep' bahu untuk jd imam. Lagi2 solat maghrib or isyak. Sbb x reti baca doa, sbb x hafal surah lain selain '3 kul' .Kalau dtg dgn member pon, kt surau, masing2 solat sendiri. Masing2 amik port selamat.. Sbnrnye suasana ni agak selfish. tidak menampakkan kekuatan. tidak ada perpaduan. Masing2 beribadah sendiri2. Kita dah tahu berjemaah itu lebih baik, jadi cubalah praktikkan. Kalau x reti pon, carilah orang yg meyakinkan dan berimamlah dgn dia. Nak selamat , pegi lah masjid di awal waktu, dah confirm2 ada imam. Kepada lelaki, carilah masa untuk mempelajari apa yg patut. Kita kelak akan memimpin isteri dan anak2 untuk bersolat jemaah. Kesian tau isteri, jika suami solat sendiri2 . Lagi2 kesian jika suami tidak solat langsung. Jadi belajarlah. 

Jika kita boleh explore new technic in design, jika kita boleh belajar new software, jika kita boleh belajar cara2 berniaga. Maka tidak ada alasan untuk tidak belajar solat.



Hipster pon kene Solat.

Pemahaman
Aku agak, ramai yg tidak faham apa yg diucapkan dalam solat. Dahtu cmne kita solat tanpa faham satu pon bahasa arab yg kita hafal tu. Seolah2 solat itu perbuatan fizikal yg tidak ada manfaat dalaman. Seolah2 kosong.... kosong.... oh..~~  aku ckp , sbb aku pon cmtu jgk. dh confirm2 kita ni solat kosong2 je. Jadi amikla masa belajar. Serius.. please... amiklah masa belajar. Jika kita ada masa baca blog, jika kita ada masa ber-FB, Amiklah masa google tentang solat. Jika kita ada duit untuk beli buku novel, jika kita boleh borong buku dekat Big Bad Wolf. Belilah juga buku tentang solat. Jika kita ada masa pegi art event / Creative talk. Jika kita ada masa pegi concert or exhibition. Jika kita ada masa buat larian Amal. Carilah masa juga untuk pergi kursus2 berkenaan solat. Takde alasan. Sekali lagi , takde alasan.

Bila dah faham. InsyAllah akan terasa kemanisannya, akan terasa tujuannya, akan terasa keTuhananNya. InsyAllah mendapat khusyuk. masyukk.. dan bersyyukk..... urr.. 

Kesan
Banyak kesan yg dapat kita lihat dgn melakukan solat. Terlampau byk. Dr perspektif aku antaranya ialah ketenangan. Orang yg melakukan solat dgn betul , sangat ketara ketenangan nya. Bilamana menghadapi kesukaran, bilamana menghadapi kesusahan atau kesempitan, masih berada dalam ketenangan. Bersolat melahirkan otak yg berfikir secara positif. Mampu menghadapi apa2 masalah dgn positif. Bersolat membuatkan pergantungan kita dgn Allah yg Maha Esa sangat tinggi. Bersolat merupakan 'direct communication' dgn Allah. Solat itu mendisplinkan peribadi. Terlampau banyak kesan2 positif dgn bersolat. Cubalah solat bersungguh2. Oh ya... jika betul kita bersolat bersungguh2 , jika betul kita memahami hidup. jika kita betul2 memahami Islam. Secara automatik korg akan benci kepada benda2 yg maksiat. Korang akan benci org yg menidakkan hukum Allah. Korang akan benci kepada kezaliman. Korang akan benci orang yg menghina nabi. Cubalah.

Kesan solat itu terlampau banyak. Boleh google sendiri. 


Kepentingan
Solat itu sangat penting. terlampau penting. Solat merupakan ibadah pertama yg akan ditanya dipadang mahsyar. Kalau solat x lepas , maka yg lain, confirm x lepas. Solat itu menandakan keislaman, sbb ia merupakan rukun. Jadi, minta maaf, boleh jadi keislaman korang tidak sah. Jika rukun nikah tidak mencukupi, maka tidak boleh berkahwin. Camtu jugak Keislaman. Aku risau2 korg ni x Islam lagi. Minta maaf sekali lg kalau berkasar, tapi itu realiti. Aku pon pernah kene panggil kafir sblm ni. Aku pon baru2 bersolat, maka aku pon baru2 je islam. Nabi Muhammad saw kata, beliau dpt mengenali  umatnya ketika dipadang mahsyar melalui kesan wuduk org2 yg bersolat. Dan org2 ini akan dipanggil pergi ke kolam nabi 'Kauthar' kecuali beberapa org yg tertentu.  (Dzul untungla dah ade Kauthar ) Abis tu cmne ? kita beriya2 status "Salam MaulidurRasul" tapi x solat. Camne Nabi nak kenal ?.. Solat itu penting sangat untuk pengisian kerohanian. Rohani yg tidak di isi dgn sepatutnya akan menyebabkan kita hilang pertimbangan. x mampu berfikir secara rasional. Silap2 boleh bunuh diri. 


Keutamaan
Solat itu ibadah yg paling utama dari yg lain2. Dan ramai juga yg gagal mengutamakan, apa yg lebih utama. Ada yg berpuasa tp x solat. Ada yg pegi solat sunat Hari Raya tp x solat fardu. Ada yg jaga makanan nak halal tapi x solat. Ada yg suka bersedekah tapi x solat. Ada yg suka membantu anak yatim , tapi x solat.. pendek kata, mereka melakukan kebaikan , tapi melupakan asas yg diutamakan. Mcm membina rumah tanpa tiang. Begitu juga bende2 lain. 

Utamakan lah apa yg utama.



Dak2 Meru solat kt Perth Australia 


Kesimpulan

Minta la maaf sekali lagi. Untuk post yg ni je, aku banyak minta maaf. Mcm biase, jgn marahkan aku. Solat itu sangat penting. Tunaikan lah solat. Periharalah solat. Aku pon solat cincai2 je dulu. Tapi slowly , semua boleh belajar. Xde alasan untuk tak tahu solat. Semua pon tahu, mati itu bila2. Allah berfirman

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam (Surah Ali-Imran 3: Ayat 102)

Allah dah pesan, jgn mati melainkan dalam keadaan beragama islam. Jadi sempurnakanlah rukun Islam. 



Solat lah geng.. please....