Wednesday 30 January 2013

Di Sebalik Kematian Kecil.

Assalamualaikum.


Disebalik kematian Kecil...

1- Malam masa kitorg semua tido tu. Aku agak... Malaikat maut dah dtg. Dia check2 list2 kematian. Dia perhati... kt dalam opis ada 3 org. Satu yg panjang, satu yg besar, dan satu yg kecik.. mane satu yg patut mati ni.. At the end of the day si Kecik yg terpilih. Pendek ceritanya kita ni mmg sentiasa diperhati..berhati-hatilah...  Agak2 cmne situasi kalau si Panjang yg diambil nyawa? or si besar ?

2- Dzul pernah ckp ngn aku. Kita patut kene tahu uruskan jenazah.. nanti papehal senang.. Aku pon bersetuju.. Marilah kita pergi mana2 kursus jenazah.. marila kita check masjid mana yg ade wat kursus..Then x sangka, Aritu... aku dgn dzul dapat jgak pergi kursus.. Bersama2 Lee, dan Husin...Ajid alkapone pon ade.... menguruskan jenazah yg betul.. Cara mandikan, Kapankan.. Alhamdulillah.. Terima kasih Kecil. Terima kasih pakcik2 hospital.

3- Kalau mengikut Carta Kengkawan kecil ada yg lebih layak menguruskan jenazah beliau. Selain ahli keluarga. Tp bila aku sampai2 tgk kecil dah dimandikan halfway.. aku igtkan ramai yg uruskan. Sekali intai2 ade Dzul ngn husin je.. Ade chance jgk untuk aku. Sbb aku mmg berniat dr awal pagi nak bantu kecik mandi.

4- Aku selalu duduk di kerusi yg kecil duduk. Baring tempat kecil baring, Aku selalu lalu Hospital tempat kecil meninggal. aku selalu berseorangan dalam opis ni.. kadang2 aku pikir apa perasaan dia masa last2 minute nyawa dia tu.. apa yg dia rasa kesakitan tu. Mungkin aku bukan orang yg paling rapat dgn dia. Tapi sungguh , aku selalu pikir pasal dia.

5-  Kebetulan masa pagi tu, ketika kecil tgh baring. ketika dia tgh sesak nafas tu. aku mmg tgh mengaji.. kalau diikutkan , time tu la dia tgh nazak. Pastu, aku benti mengaji. gi hantar dia kt hospital. Dalam kelam kabut nk gi hospital tu, aku pon xtau secara automatically , aku amik kunci kereta, henpon , dgn alquran sekali aku bawak...Lepas hantar tu, aku sambung balik mengaji dlm kereta.

Nabi SAW ada bersabda.

Maksudnya;
“Ziarahilah orang yang sedang nazak kematian. Ajarkan kalimah tauhid kepadanya. Berilah khabar gembira kepadanya dengan syurga. Ini kerana, orang yang malu dari kalangan lelaki dan perempuan, pasti akan merasa hairan ketika berada dalam pertembungan itu. Sesungguhnya syaitan terlalu hampir ketika dia berada dalam pertembungan tersebut. Demi nyawaku di tangan-Nya, melihat malaikat maut adalah bersangatan hebat berbanding dicincang dengan pedang sebanyak seribu kali. Demi nyawaku berada di tangan-Nya, nyawa seseorang hamba itu tidak akan keluar daripada dunia hinggalah semua anggota badannya akan merasa pedih kesakitan
[1]

Sumber  http://g-82.blogspot.com/2009/07/pergi-tak-kembali-6-talqinkan-orang.html

Bila aku check2 balik terjemahan surah yg aku baca tu (Surah Muhammad).. Alhamdulillah. Disitu ada kalimah tauhid.. Disitu ada khabar berita dari syurga . Di situ ada sebut malaikat maut. Walaupon aku x dpt bantu dia mengucap. walaupon dia x faham bahasa arab. aku harap ni membantu..2nd last word yg aku dgr dari mulut kecil.. Allahuakbar...

6- Umum tahu yg Kecil ni sakit Thalassemia. Mengikut sumber yg aku dengar, Doktor estimate umur pesakit ni lebih kurang 35 tahun. Dalam family kecil juga, kakak dia menghidap penyakit yg sama. Dan sudah meninggal di umur 31 tahun kalau x silap. Agaknya... Apekah perasaan kecil, yg tahu umurnya mungkin x lama. Apa perasaan kecil masa kakak dia meninggal atas kesakitan yg sama? Abang kecil ada cerita, dia kdg2 ada melawat kubur kakak dia sorg2. Apa agaknya dia pikir...?

7- Kecik menghidap penyakit ni sejak umur 3 tahun (kalau x silap) abang dia bgtau. Umur dia meninggal 29 tahun. So selama 26 tahun dia hidup dalam keadaan x normal. Kalau dibandingkan dgn abang2 dia, smua besar2. segak2. Selama 26 tahun dia menahan sakit.. tapi kecil yg kita kenal. sgt periang, kelaka. Mak dia pon ckp. dia x pernah ckp buruk pasal kawan2. Kalau bab kawan2 semua best. semua baik... Memang dia seorang yg tabah dan sabar atas kesakitan.. Kita pon tahu, penyakit itu panghapus dosa

Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Tiadalah seorang Muslim itu menderita kelelahan atau penyakit atau kesusahan (kerisauan hati) hingga tertusuk duri melainkan semua itu akan menjadi penebus kesalahan-kesalahannya." 
(Bukhari - Muslim)


Selama 26 tahun kesalahannya di tebus... Abis kita ni yg sihat cmne? Kita yg elok, normal, sakit pon kdg2.. apa amalan kita yg boleh tebus dosa tu? Semoga kita insaf dan kembali pada Allah.

8- Last sekali.. Mlm tu kami, lepak bertiga. Sekali dgn Dzul. Esok pagi , kami tinggal berdua. Aku dgn dzul still survive. Kecil dh xde.. So hikmahnye sgt jelas.. Mati itu dekat. Mati itu bila2. X lewat 1 saat , x cepat 1 saat.  Kita dah tahu kecil mati cmne... Bila2 dari sekarang. mungkin kita yg akan mati. Sambil amik gmbar boleh mati, sambil mengajar boleh mati. sambil mengayuh basikal boleh mati. sambil karokae boleh mati, sambil dodoi anak boleh mati, sambil blogging boleh mati. sambil naik moto remote boleh mati ,sambil buat design boleh mati. sambil solat boleh mati sambil buat event boleh mati...etc.. yg penting semua akan mati .

Kita semua percaya akhirat. Kita semua tahu syurga neraka. Marilah bersama2 berusahala beramal sebaik mungkin. Jalankanlah tanggungjawab sebagai manusia atas agama Allah. Aku pon bukan baik . Aku pon banyak dosa jgak. lagi byk dr korang. Sebab mengenangkan byk dosa la aku menulis camni... Semoga kita mati dalam iman yg benar.


* Amalan yg memudahkan untuk mengucap syahadah ketika ajal - Bersugi 



Monday 28 January 2013

Detik terakhir KECIL

Assalamualaikum.


Kematiannya di tangisi. Kehilangannya dirasai. Semua terkesan dari pemergian dia. Ada yg tanya what happen? camne boleh mati.. dll...Dengan ini, aku sebagai antara orang yg terakhir bersama beliau akan bercerita.

Sebelum itu, mari kita flashback balik, siapa si Kecil ni bg aku. Aku bukan lah orang paling rapat dgn dia. Aku kenal dia start dr kawan2 Ajid. Dr chean, dzul dll.. Aku tahu dia adalah junior dekat poli aku. cuma x kenal in person. Aku x igt bila 1st time aku berckp dgn dia. Tp, kitorg start berborak time Rantai Art event dkt Red Bungalow. Orang panggil dia Kecik. Tp aku panggil dia Kecil.


Seterusnya.. masa berlalu , kdg2 lepak ngn dia. Tu pon kalau dia bersama kwn2 lain. baru la lepak. X pernah lepak berdua. Mcm  aku ckp , aku bukan lah antara kawan yg rapat dgn dia. Kalau dia ada 100 kawan , aku ni maybe no 80. So selepas rantai tu jarang2 jumpa dia. Melainkan dekat MBP (Majlis Berbuka Puasa). Tu jela aku jumpa dia. Kdg2 chat2 kt FB pon bila aku ada hal dgn dia. X pernah berbual saje2.

Tapi, sejak2 tahun 2011. Sejak2 Husin (Whosent SB) Dtg kerja kt KL. Kebetulan aku agak selalu lepak dgn husin. Dia kdg2 dtg umah aku kt SK dgn Husin. Seterusnya sampai la 2012. Aku rasa time ni, rangking aku dalam Carta Kengkawan Kecil dah naik dari no 80 ke no 50. Bulan puasa dia spent time Iktikaf dgn kitorg dekat masjid. Berterawih , Qiyammulai dan sbgnye...



Seterusnya, hujung 2012, aku baru pindah masuk opis di putrajaya. Dia adalah pelanggan tetap yg selalu dtg melepak2. Kdg2 dia dtg dgn Husin. Kdg2 dia dtg sorng naik ERL, then aku or dzul akan pickup dia then lepak bermalam di office. Time ni aku rasa, aku berjaya naik lagi dlm Carta Kengkawan Kecil ke no 40. 


Ok now. Mari kita masuk ke detik2 terakhir Kecil. 

Pada 12 jan 2013. Aku mmg tgh lepak2 opis sorg2. Masa tu tgh tgk bola Selangor Vs Singapore. Masa tgh tgk bola sorg2 kt opis. Dzul call. Dia kata dia ada kt bawah tgh tgk bola dgn kecil. Then aku pon turun. Lepak la kitorg bertiga tgk bola. Tp masa lepak tu xde berbual sgt. sbb tgh kusyuk tgk bola sambil makan. Aku perhati kecil mase tu, senyap je x ceria sgt. Aku tahu mase tu dia demam sikit. Pastu lepas makan tu dia ada ckp perut dia senak. Mungkin sbb mkn byk sgt. Abis bola , kitorg pon naik. Pastu layan movie Mission Impossible - Ghost Protocol. Aku x pernah tgk lg movie ni . Dia kata best la jgk . Kitorg pon lyn. Sepanjang movie berlangsung. Dia asyik berulang alik ke toilet. X sedap perut katanya. Aku perasan 2/3 kali. Pastu sambung lyn movie.  Sebelum dia tido, dia gelak, . " Ha scene yg ni kelaka.. " gelak2 sikit.. aku pon lyn2 je.  Then sebelum movie abis. aku tgk dia dah tertido. Masa tu dzul pon dah tertido. Aku pon kemas2, off laptop etc. Pastu aku tgk Kecil tidur sambil peluk tubuh. Mcm sejuk. Aku pon amik selimut, selimut kan dia. Dzul pon aku selimutkan jgak..Off2 lampu. then aku pon masuk tidur..

Pagi esoknya. 13 jan 2013. Aku dikejutkan bgn subuh oleh rabbit dalam 6.30 lebih kurang. Aku pon bgn kluar bilik nak amik wuduk. Aku tgk kecil dh bangun, dia duduk kt kerusi aku. sambil peluk bantal. Aku pon tanya "nape cik ?" . Dia kata dia sakit badan xleh baring. tu yg dia duduk je dekat kerusi. then aku ngn mamai2 pon terus gi toilet amik wuduk.. Lepas amik wuduk aku masuk, dia ckp ngn aku, dia tutup aircond, sbb sejuk sgt. Aku pon ok je. mase tu dia dah duduk kt sofa. Aku pon solat subuh.. Lepas solat tu , aku borak2 dgn dia. Aku tanya dia dah solat ke. Dia kata dah. aku pon nampak kopiah dia. dekat2 area tempat solat tu. Aku tanya dia. ko ok ke kecil. Dia kata xleh tido, sakit badan. Mungkin sebab kt luar tu sejuk , tilam pon nipis. Aku suruh dia tido dalam bilik aku. Mula2 dia ckp xpela.. aku suruh2 lg. then dia pon kata ok. Dia pon masuk bilik. Tgh2 aku berborak dgn kecil , dzul pon terjaga...  pastu terus dia gi solat subuh. Aku xde nk watpe , aku pon mengaji. 

Lepas Dzul solat subuh, aku dgr dia borak2 dgn kecil. Aku xtau apa diorg borak. pastu dzul keluar cari2 kunci kereta dia, tapi x jumpa. Aku tanya nak gi mana? . Dia ckp nak gi hospital hantar kecik. Aku pon ok kan je teruskan mengaji. Pastu aku tgk2 dzul ni mengelabah cari kunci kereta kenari dia tu x jumpa. pastu kecik pon keluar dari bilik sambil tercungap2. sesak nafas. Dia suruh Dzul cepat. Pastu aku dengar suara dia yg tunggu kat luar , Dia bertakbir ALLAHUAKBAR sambil menahan sakit. 

Aku tgk situasi ni genting, aku pon tukar seluar , amik kunci kete aku. pastu pegi sama2 hantar kecik gi hospital. Pagi tu hujan sangat lebat. Payung xde, kecil jln dlm hujan lebat nak masuk dalam kereta. Kitorg pon hantar pegi hospital putrajaya. Sampai2 je dkt kecemasan. Dzul pegi keluar dulu . Tinggal aku dgn kecil dalam kereta. Last word aku dgr dr dia. " kecemasan2" . Aku reply, "kt kecemasan la ni , dzul tgh panggil org hospital " . Pastu dzul dtg dgn pegawai hospital bawak wheelchair. Itu la last sekali aku nampak dia bernyawa. Then aku gi parking. 

Then aku masuk balik, Kecik dah dibawa masuk dalam. Dzul tunggu kt luar depan tv. Aku tanya dzul cmne? ape jadi? Dia ckp orang hospital tu cakap , " member korang ni dah teruk ni" tu je.. Then jumpa lagi brader tu . Dia bgtau, doctor ckp , paru2 kecik berair. kategori kritikal. Pastu doctor panggil dzul. Dzul kluar2 . Minta aku carikan telefon kecik. Doctor nak ckp ngn mak dia. Aku pon balik opis. Amik henpon kecik. OTW nk ke hospital balik, aku call Mak kecik guna henpon kecik. Aku ckp , kecik pagi tadi sesak nafas masuk hospital. sekarang ada dekat kecemasan. nanti ada pape aku akan update.  Dah sampai2 hospital aku pon pass henpon kt dzul , pastu dzul gi masuk dlm jumpa doctor.  Pastu kitorg pon lepak2 luar. Aku dgn dzul, masing2 dah ready for the worst. Dzul pon call Husin suruh datang. suruh dtg asap.  Dzul cuma ckp kecik masuk hospital, dtg sekarang..  

Sedang2 tunggu kt luar...  Ada panggilan utk dzul.. Dzul pon masuk.. Aku tunggu kt luar. Then dzul keluar dr wad kecemasan..... dia cakap.. kecik dah xde .... aku pon dengar berita ni dgn tenang. Ok kecik dah mati.. masing2 senyap. Dzul kata dia x bgtau siapa2 lagi . Dia nak tunggu husin dtg, bgtau husin dulu. At the same time, Doctor dah call mak kecik dan bgtau sendiri, kecik dah takde.  Masing2 tenang. terima dgn redha. 

Then Husin sampai.... Dzul x sanggup nak ckp dgn husin. makin lama husin makin dekat ngn kitorg. Sampai2 je, dia tanya, " camne ? kecik ok tak ?" dengan muka biasa. Aku dgn dzul masing2 senyap. Aku boleh nak bgtau, tp Dzul lebih layak ckp dgn husin sbb mereka tergolong dlm top 10, Carta Kengkawan Kecil .... Husin tanya2 lagi, " Ape cerita?" Akhirnya dzul bersuara... 

"Kecik dah xde , Kecik dah xde "........ 

Masing2 semua senyap.... Husin tercegat. muka dia pucat.. dalam 20 sec die freeze.. pastu dia terus berjalan ke tempat lain menyorok. Tinggal kan aku berdua dgn dzul..  Inilah moment paling sedih yg berlaku . Masing2 dh x dpt tahan air mata. X sanggup nak bgtau Husin kecik dah xde. 

Maka selepas setengah jam berlalu dgn senyap... berita pon disebarkan.. seperti yg dihebahkan dalam FB aku. Semua kawan2 pon mula tahu... dan seterusnya.... 

Cerita ini adalah detik terakhir seorang sahabat kita yg periang. Diantara banyak2 sahabat dalam Carta Kengkawan Kecil . Aku terpilih bersama Dzul utk menyaksikan kematiannya, utk berbakti buat kali terakhir utknya. Alhamdulillah. Post yg berikutnya aku akan ceritakan perkara2 disebalik kematian sahabat kita ini. InsyAllah. 


* Perbualan yg tercatat diatas, tidaklah se-accurate yg berlaku. Tp lebih kurang camtu.


Saturday 26 January 2013

Baju Sejuk utk Syria

Assalamualaikum.

Korang tahu apa berlaku di Syria ? sejauh korang tahu? Penerangan ringkas. Syria adalah sebuah negara Islam. Tetapi apa yg berlaku sekarang jika anda tgk news. Diorg kata kerajaan sedang berperang dgn puak pemberontak. Hakikatnya, pemberontakkan berlaku kerana mereka dizalimi. mereka di bunuh, wanita dirogol. Kanak2 di bunuh. Masjid di bom. Rumah di bom. harta dirampas. Apa yg menyebabkan mereka bertindak demikian ? Kerana mereka (syiah) memusuhi puak sunni yg merupakan majoriti di Syria. masih panjang lagi cerita yg berlaku. Korang boleh rujuk dimana2 blog & juga youtube yg menceritakan hal ini.

Aku pon seperti seperti org lain. membaca blog, melihat isu semasa. sehingga aku dpt tahu pasal syria. Aku mula mencari info2 berkenaan apa yg berlaku di Syria. Mula2 respon aku. Oh... another pemberontakan seperti yg berlaku di Mesir, Libya dn lain2. Tapi bila aku mendalami apa yg berlaku, it's more than that. Pemerintahan yg sangat zalim. Yg mengaku diri tuhan. Menukar kalimah syahadah dgn nama sendiri. Ini jelas syirik . Kebetulan aku terdengar ade seorg Ulama besar Syria datang Malaysia untuk menjelaskan keadaan sebenar di Syria. Aku pon pergi.




Aku dengar semuanya. aku lihat buktinya. Aku saksikan video2 yg berlaku. Aku tgk video mereka disiksa. aku tgk video mereka dicucuk pisau. Ada seorang lelaki disiksa. Dicucuk dibadan macam pisau cucuk kt tembikai banyak kali. Dia disuruh ucapkan kalimah yg mengatakan Basyar itu Tuhan. Lelaki itu xsebut. Lalu dia ditikam berkali2. Aku tgk tak pejam mata. Aku mengangis. Aku tgk kanak2 dan ibu2 mereka dibunuh. Aku menangis. Aku menangis..


Kalimah yg ditukar
Surah Al-Ikhlas yg ditambah.


Lepas itu, aku berazam. aku berjanji, sedaya upaya aku akan bantu mereka yg dizalimi. Dermakan apa yg ada ditangan aku. Bantu dgn tenaga. dan juga akal fikiran. Apa2 saja yg boleh aku bantu aku akan bantu. Kebetulan sekarang merupakan musim sejuk di Syria. Dan aku dpt tahu ada NGO - Muslim Care (Ustaz Nazmi Karim) sedang membuka untuk pengumpulan baju sejuk di Syria. Maka aku pon sukarela hendak memberikan beberapa baju2 sejuk yg aku ada. Maka dengan itu aku juga memohon korang , rakan2 yg perihatin turut sama membantu.


Berita baik untuk mereka yg turut membantu. Apa yg korang infakkan untuk memberi keselesaan atas seseorang yg dizalimi. Ganjaran nya besar. Allah akan beri pulangan yg lumayan. Yakinlah. Lagi satu kita banyak dosa. Infakkan harta ini ikhlas , semoga dosa2 kita diampunkan oleh Allah. 

Aku berharap, jacket2 dan baju2 yg aku dan korang sayang tu, akan dipakai oleh pemuda2 syria yang akan syahid . Mereka akan ditanam bersama pakaian mereka. Dan pakaian ini akan menjadi saksi kesyahidan mereka. mereka akan di bangkitkan di padang masyar dgn pakaian syahid mereka. 

Terima Kasih para Penaja Pakaian Sejuk. 



Total kutipan. 3 kotak 3 plastik 1 bag 

Rujukan : Ustaz Nazmi Karim FB