Friday 6 September 2013

Bersederhana Di dalam Perbelanjaan Negara


Jikalau kesederhanaan dituntut di dalam perbelanjaan individu, maka perkara yang sama juga dituntut di dalam perbelanjaan negara. Ia hendaklah dilakukan bermula dari ketua negara dan mereka yang berada di bawahnya. Bahkan sewajarnya pemimpin umat Islam hendaklah menjadi teladan kepada umat Islam dari segi berhati-hati tentang harta negara serta mengurangkan kemewahan dan kekayaan mereka.

Nabi s.a.w yang merupakan pemimpin tertinggi umat Islam adalah orang pertama yang berlapar dan orang terakhir yang kenyang. Abu Hurairah r.a berkata: " Rasulullah s.a.w telah meninggalkan dunia dalam keadaan tidak pernah kenyang dengan roti gandum" . Aisyah r.h pula pernah berkata: "Rasulullah tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut-turut. Kalau kami mahu, kami boleh makan sehingga kenyang, akan tetapi Baginda selalu lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri"

Rasulullah s.a.w menolak untuk menggunakan alas tidur yang empuk. Bantal Baginda s.a.w dibuat dari kulit pokok. Rasulullah s.a.w tidur di atas tikar sampai terdapat kesan pada lambung Baginda. Rasulullah s.a.w. wafat di dalam pakaian yang sudah lusuh dan sarung yang kasar.Begitu juga keadaan Abu Bakar, Umar dan Ali Radhiyallahu'anhum. Umar berkata: "Perumpamaan aku dengan harta ini (harta kerajaan) adalah umpama wali kepada anak yatim. Jika mencukupi aku tidak menyentuhnya, tetapi jika aku memerlukannya aku akan ambil dengan baik".

Kita tidak meminta para pemimpin kita agar menjadi seperti mereka yang agung ini, cuma kita mahukan agar mereka bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan harta awam, serta tidak membahagikannya kepada kaum kerabat, anak menantu dan kroni-kroni mereka. Banyak dari kalangan pemimpin kita yang menyangka harta negara adalah hak milik mereka. Oleh itu, mereka menguruskannya menurut apa yang mereka suka. Jarang sekali terdapat mana-mana pihak yang mengaudit mereka.

Hatta, negara-negara yang mempunyai Parlimen, Jabatan Pengawasan atau Jabatan Audit Negara, mereka tidak dapat menyentuh perkara-perkara yang bersangkutan dengan pemimpin negara serta mereka mempunyai hubungan dengannya.Di sana terdapat pihak-pihak tertentu yang membelanjakan wang negara tanpa sebarang pengawasan dan batasan yang menjadi tanda tanya dikalangan ramai orang serta pihak-pihak yang berkaitan dengan media massa, sukan dan polis serta tentera. Pada masa yang sama, mereka amat berkira dan memberikan peruntukan yang sedikit dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, kesihatan, pengagkutan dan khidmat masyarakat.

Syarak mewajibkan agar diwujudkan keseimbangan antara pelbagai kepentingan dengan mendahulukan perkara-perkara keperluan asas berbanding perkara-perkara sampingan dan seterusnya...Syarak juga mewajibkan agar mendahulukan perkara yang berkaitan orang ramai berbanding dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kelompok-kelompok tertentu. Begitu juga mesti mendahulukan kepentingan golongan miskin dan lemah berbanding dengan golongan kaya dan pembesar.

petikan dari buku " Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan" tulisan Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi. Terjemahan Ustaz Mohammad Zaini Yahaya.

Dalam ciri kesembilan : Ekonomi & Harta (m/s 346-347)







Wednesday 4 September 2013

Perubahan, Sayang dan Benci.

Assalamualaikum

Manusia itu semuanya berubah. Dari seorang bayi ke seorang kanak-kanak ke seorang remaja ke seorang dewasa dan akhirnya menjadi seorang yg tua. Begitu juga perubahan tingkah laku. Dari kebudak-budakan kepada kematangan. Daripada kejahilan kepada kepandaian.

Perubahan yg terbaik adalah dari kejahilan kepada kefahaman (berilmu) juga Kejahatan kepada kebaikan. Ini yang dituntut dalam kehidupan. Dewasa ini, memang kelihatan yg sedang melakukan perubahan itu memang banyak. Rata-ratanya adalah golongan muda. Mereka sukakan ilmu berbanding kejahilan. Mereka sukakan kebaikan berbanding kejahatan. Ini adalah fenomena yang baik untuk masyarakat. 

Tetapi, kadang2 masyarakat mencemuh kerana disebalik kebaikan itu , masih terdapat ketidak-elokkan sikap yg masih belum dibuang. Mungkin aku salah seorang dari mereka, yg mencemuh. Mungkin juga aku salah seorang dari mereka, yg dicemuh. Untuk masalah ini, marilah kita berlapang dada. 


Yang dicemuh,
Ambil la teguran dan cemuhan itu dengan tenang hati, jika ianya benar. Memang benar kita masih belum elok sepenuhnya walaupun telah melakukan perubahan. Fahamilah perubahan itu tidak boleh serta merta. Akuilah kesilapan dan kejahilan. Berusahalah untuk memperbaiki dan menjadi lebih baik. Minta la maaf ke atas mereka. Dan jika ianya cemuhan yg tidak berasas, bersabarlah. Jangan terus melenting , kerana kamu harus faham. Mungkin mereka tidak faham seperti apa yg kamu faham. Mungkin penjelasan kamu, masih belum kukuh , untuk membuatkan mereka benar2 faham apa yg kamu ingin sampaikan atau, mungkin kamu berniat baik, tapi perbuatan kamu kelihatan biadap di mata mereka. Berlapanglah dada. Hentikan perbalahan, dan carilah alternatif lain untuk kamu sampaikan pandangan kamu dgn lebih berkesan. Jika kamu tidak berkeupayaan juga, bersabarlah, berdoalah agar kamu dan mereka diberikan petunjuk oleh Allah. Berdoalah seperti Nabi musa kepada Tuhannya. 

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


Yg Mencemuh.
Maafkanlah mereka. Kamu juga harus faham, sesungguhnya perubahan itu bukan serta merta. Mungkin mereka sudah berubah dari segi perbuatan, tetapi masih belum berubah pada perkataan. Mungkin mereka sudah mendekatkan diri dgn agama, tetapi masih belum berjauhan sepenuhnya dengan akhlak buruk, ego dan juga tabiat lama. Mungkin masih belum 100% kebaikan, tetapi bukankah ianya sesuatu yg elok walaupon hanya 30%? Even 10% pun? Fahamilah hakikat ini. Fahamilah juga konsep utamakan yg lebih utama. Contohnya, yg lebih utama itu pemahaman tauhid/akidah berbanding ibadah. Bagaimana seseorang itu mahu beribadah sedangkan dalam konsep akidahnya telah salah? 

Oleh itu, berlapanglah dada. Bantulah mereka dengan penuh hikmah untuk menghampiri markah penuh itu. Jika kamu "mengondem" mereka tanpa hikmah, sedangkan mereka juga tidak memahami secara hikmah dan berlapang dada, disini syaitan akan mengambil kesempatan, sehingga boleh menghasilkan perbalahan yang lebih besar. 


Tetapi, pandangan ini adalah khusus cemuhan dlm konteks perubahan kearah kebaikan. Bukan cemuhan keatas kesesatan dan kemaksiatan nyata yg tidak berhasrat atau tiada tanda kearah kebaikan. Malah boleh merosakkan akidah dan juga pemikiran masyarakat keseluruhnnya. Bukan juga cemuhan keatas sikap kezaliman, keegoaan terhadap perintah Allah serta melampaui batas sehingga menghampiri, malah mencapai tahap kesyirikan. Diatas sebab ini, memang boleh mencemuh, malah membenci perbuatan tersebut.  Kerana kamu semua mempunyai alasan yg kukuh dimana kamu membenci sesuatu, atas sebab kemaksiatan atau kekufurannya terhadap Allah. 


Kesimpulan.

Semua diantara kita mahukan yg terbaik, sehingga untuk mendapatkan yg terbaik itu kadang2 membuatkan kita bencikan sesuatu yg menghalang daripada mendapat kebaikan itu. Jadi, nasihat untuk diriku dan kamu semua. Carilah ilmu, agar kita dapat mengenal pasti apakah kebaikan dan kejahatan sebenar. 

Supaya aku dan kamu, menyukai sesuatu kerana Allah, dan bencikan sesuatu kerana Allah.