Tuesday 8 October 2013

ILMU - 1 (PRE-WEDDING)

Assalamualaikum.

"Tiada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahaminya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya" Ali bin Abi Talib

Tulisan yang ingin disampaikan ialah berkenaan ilmu. Ilmu yg dibincangkan ialah ilmu Akhirat ataupun Ilmu Islam berdasarkan rujukan utama Al-quran dan Hadith dan juga Ijma para ulama' , sekaligus secara tidak langsung ianya berkaitan juga dengan ilmu keduniaan.

Penulis bukanlah nak berbicara tentang sesuatu ilmu khusus, feqah, tasawuf atau sebagainya, kerana memang bukan, malah tidak layak pon untuk berkongsi, dek kerana kefahaman sendiri yg masih belum menebal , takut-takut tersesat sehingga membawa pembaca sekali tersesat. Yang ingin diceritakan adalah kepentingan ilmu. Ketahuilah ilmu itu sangat penting sehinggakan anda memerlukan ilmu, untuk membuat pilihan, ilmu apa yg hendak dipelajari. Faham tak?
"Perlukan ilmu utk mengambil ilmu"

Kita sudah terlalu lama berlajar ilmu keduniaan. Dari kelulusan UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER, dan PHD. Bertahun-tahun masa diluangkan. Beribu-ribu duit dihabiskan. Beribu-ribu duit juga terpaksa ditanggung hutang, sehinggakan nak pergi ke seberang tambak pon ditentang. Beribu-ribu taniya lah..... Bayangkan betapa lama mereka belajar , tetapi resultnya masih tidak solat. Padahal itu merupakan basic as a muslim. Rukun tak cukup, engkau bukan muslim ! Suku abad dilahirkan sebagai seorang Islam masih tidak tahu apa itu aurat. Lihat Roger Faderer bersluar pendek, lihat Lin Dan, berseluar pendek, lihat Salman Khan , berseluar pendek,  lihat PSY , berseluar pendek dan lihat Sarifudin pon berseluar pendek. Aku dah konfius mana satu orang Islam.  Setakat nak teka bangsa aku tahu lagi.

Ok, berbalik kepada ilmu. Ilmu akhirat itu membantu kita membuat pilihan. Dalam kisah hidup ini , apa yang akan dinilai itu sebenarnya pilihan. Allah yg Maha mencipta telah menciptakan manusia dan memberi petunjuk ke jalan yg benar, yg diredhai, yg lurus.  Melalui KitabNya dan juga RasulNya. Allah juga telah memberi petunjuk kepada mereka yg tidak mahu mengikuti 'jalan yg lurus' itu, apakah akibatnya. Senang ceritanya, satu ke syurga, satu ke neraka. Jadi dengan apakah kau mahu membezakan antara dua jalan ini? jawapannya dengan ilmu !

لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦
Terjemah Surat Al Baqarah Ayat 256
Tidak ada paksaan dalam  agama , sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui 
         Click sini utk tafsir ayat ini 

Jadi dengan mempelajari ilmu akhirat ini, dan meyakininya, dengan jelas ia akan membantu kehidupan didunia. Dengan jelas ia akan membantu kita membuat pilihan. Sebagai contoh , untuk makan. perlu ada pengetahuan halal dan haram. Halal dan toyiban. Sudah tentu kita tahu mana restoran kita nak pegi makan. Begitu juga pilihan kerjaya, dengan mengetahui hukum sudah tentu kita tahu mana kerja yang baik dan mana kerja yang menjurus ke arah maksiat. Begitu juga pemilihan pemimpin. Sudah tentu kita tahu mana pemimpin yg baik dan mana pemimpin yg dayus. Jadi jika pemimpin yg ada sekarang ini diketahui tidak amanah, malah mengabaikan agama, salahkan pemilih mereka yang tidak mempunyai ilmu dan selalu ditipu.

Apa yang perlu adalah kesungguhan untuk mempelajari ilmu. Supaya tidak tertipu . Dengan ilmu juga, kita akan mengetahui mana yang lebih utama berbanding yang kurang utama. Dengan ilmu juga , kita boleh menapis , siapa yg boleh dipercayai, siapa yg diragui.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Hadith ini biasa kita dengar. Tapi berapa ramai yang merebutnya? Bukankah majlis ilmu itu taman-taman syurga? tapi masing-masing tak endah seolah tak bersungguh untuk ke syurga. Untuk pemahaman yang mudah mengenai hadith ini,  ianya seolah-olah pre-heaven, atau pra-syurga sebelum ke syurga sebenarnya. Sebagaimana kita faham pre-wedding menuju ke real wedding. Begitu juga pre-production sebelum production. Bagaimana? kerana didalam majlis ilmu itu diajarkan jalan-jalan menuju keredhaan Allah dan menuju ke ganjarannya iaitu syurga. Juga diajarkan dan diingatkan tentang jalan yg sesat supaya kita tidak menuju ke neraka, sekaligus berpeluang untuk ke syurga. Jadi amat sesuailah gelarannya sebagai taman syurga. Jadi kadang-kadang merasa hairan, mereka itu semuanya mahukan syurga di akhirat, tetapi mengapa dipinggirkan taman-taman syurga didunia? adakah mereka terlalu sibuk dgn kerja sehingga meminggirkan taman syurga ? adakah mereka lebih suka berhibur didunia berbanding berhibur tanpa batasan di syurga kelak ?



Memang tidak dinafikan, menghadirkan diri ke majlis ilmu itu sangat mengantukkan, tetapi adakah mereka tahu, bahawa tertidur di taman syurga itu lebih baik daripada tertidur dirumah yg selesa depan tv ? menghadirkan diri saja sudah mendapat ganjaran, apatah lagi jika ilmu itu difahami dan diamalkan. Bertambah baik jika ilmu itu bermanfaat untuk orang lain. Tambah-tambah lagi majlis ilmu itu diadakan di masjid. melangkah kemasjid dgn berwuduk, dpt menghapus dosa kecil. Bersolat jemaah, 27 kali ganda, berniat iktikaf dapat pahala, duduk dalam majlis ilmu, didoakan ole para malaikat. Dan bermacam-macam lagi ganjaran pahala yg lain. Adakah kamu melihat ganjaran ini tidak lumayan ?

Akhir kata untuk sesi pertama ini, carilah ilmu. pergilah ke majlis ilmu. Sementara kamu masih muda. sementara masih segar minda . Sementara masih ada tenaga.  Jangan sampai kelak kita akan disalahkan oleh anak cucu kita kerana kejahilan kita. Jika kita jahil dalam agama, sudah tentu anak isteri juga tiada didikan dan batasan agama. Jadi hasilnya, keluarga akan menuju porak peranda, haram dan halal bercampur, maksiat di pejam sebelah mata. Ini akan menghasilkan generasi yg buta hati lalu berbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat berlaku.

Seperti kata-kata sahabat. "Jika bapak pakai seluar pendek, jangan hairan anak dara dia pkai baju nampak tetek"

Semoga aku dan kamu semua mencintai, mengamal dan berkongsi ilmu. Semoga mendapat ilmu yang benar dan dijauhi dari ilmu yang sesat. Semoga kita semua peroleh rahmat Allah.

Sekian.

P/S - Jika salah tolong tegur. Teguran yg benar itu juga ilmu.