Tuesday 26 February 2013

TIANG

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Minta la maaf. Tapi Solat itu penting. Sangat penting. Ianya perintah khas yg Nabi dapat dari Israk Mikraj. Solat itu Rukun Islam . Tanpa solat maka x sempurna keislaman kita. Dalam era zaman2 hipster ni, memang susah kita nak istiqamah dgn solat. Tapi, apa2 reason pon , dimana2 pun, pada waktu apa2 pon, dalam keadaan apa pun Solat tetap wajib. Aku bukan ustaz, bukan juga seorang yg alim. Aku seorang yg pakai seluar senteng. Tapi dgn "Kesedaran atas tanggungjawab" aku akan cuba bercerita tentang solat dari perspektif orang2 mcm aku. 

Aku sendiri pernah melalui zaman yg tidak sedar. Meringankan solat. Meninggalkan solat. Malah pernah menipu dalam bersolat. Pernah solat sbb disuruh. Solat kerana tiada pilihan. Solat kerana menunjuk. Aku minta maaf . Then selepas musibah jiwa menimpa, selepas kekacauan fikiran berlaku , dalam satu period yg sangat menjatuhkan moral dan minda. Hanya satu jawapan kepada kerungsingan. Iaitu, 'back to fitrah' . Alhamdulillah. 




Back to Fitrah.
Selepas kesedaran timbul,  Ade 2 situasi, satu yg selesa dan tidak selesa. Masa mula timbul kesedaran , aku sangat termotivasi dan selesa bila berada di Meru. Ini kerana, disitulah terdapat ramainya rakan2 sebaya yg se"dapur" , se"grunge" , turut bersama melakukan solat. Merasai kepentingan agama. Memenuhi masjid berjemaah pada solat fardu. Selesa kerana aku tidak keseorangan. On the other side, berada diluar Meru, terasa agak janggal, malah malu untuk menunaikan solat, akibat suasana yg tidak menyokong. Cabaran yg agak tinggi. Ketika sedang lepak2 , sebenarnya hati runsing untuk bersolat. Bertambah rungsing bila hampir habis waktu. Nak excuse dari sesi lepak tu pon malu nk bagi alasan nak pegi solat. Risau org kata aku dah alim, aku dah taubat etc. Padahal solat itu wajib. Aku gerenti dilema ni pernah dirasai oleh orang yg sudah merasakan tanggunjawab solat itu. Maka, dalam keadaan masih baru itu, kita pon seolah2 melakukan solat secara sembunyi2. Slowly ia telah memberi kekuatan untuk melakukan secara terang-terangan tanpa rasa malu.

Jadi, bg mereka yg sedang mengalami proses itu, cari lah kawan2 yg boleh menyokong anda. Carilah ruang yg selesa. InsyAllah, ianya akan jadi lebih baik. 


Perlaksanaan
Perlaksanaan terbaik dalam melakukan solat itu ialah melakukannya diawal waktu, lebih baik lagi secara berjemaah, dan yg triple terbaik berjemaah di Masjid. Pada mula2 pon, aku pon malu untuk berjemaah. Kalau masuk surau mesti solat nak tepi2 dinding, saf belakang2 skali. Sbb takut2 org 'sep' bahu untuk jd imam. Lagi2 solat maghrib or isyak. Sbb x reti baca doa, sbb x hafal surah lain selain '3 kul' .Kalau dtg dgn member pon, kt surau, masing2 solat sendiri. Masing2 amik port selamat.. Sbnrnye suasana ni agak selfish. tidak menampakkan kekuatan. tidak ada perpaduan. Masing2 beribadah sendiri2. Kita dah tahu berjemaah itu lebih baik, jadi cubalah praktikkan. Kalau x reti pon, carilah orang yg meyakinkan dan berimamlah dgn dia. Nak selamat , pegi lah masjid di awal waktu, dah confirm2 ada imam. Kepada lelaki, carilah masa untuk mempelajari apa yg patut. Kita kelak akan memimpin isteri dan anak2 untuk bersolat jemaah. Kesian tau isteri, jika suami solat sendiri2 . Lagi2 kesian jika suami tidak solat langsung. Jadi belajarlah. 

Jika kita boleh explore new technic in design, jika kita boleh belajar new software, jika kita boleh belajar cara2 berniaga. Maka tidak ada alasan untuk tidak belajar solat.



Hipster pon kene Solat.

Pemahaman
Aku agak, ramai yg tidak faham apa yg diucapkan dalam solat. Dahtu cmne kita solat tanpa faham satu pon bahasa arab yg kita hafal tu. Seolah2 solat itu perbuatan fizikal yg tidak ada manfaat dalaman. Seolah2 kosong.... kosong.... oh..~~  aku ckp , sbb aku pon cmtu jgk. dh confirm2 kita ni solat kosong2 je. Jadi amikla masa belajar. Serius.. please... amiklah masa belajar. Jika kita ada masa baca blog, jika kita ada masa ber-FB, Amiklah masa google tentang solat. Jika kita ada duit untuk beli buku novel, jika kita boleh borong buku dekat Big Bad Wolf. Belilah juga buku tentang solat. Jika kita ada masa pegi art event / Creative talk. Jika kita ada masa pegi concert or exhibition. Jika kita ada masa buat larian Amal. Carilah masa juga untuk pergi kursus2 berkenaan solat. Takde alasan. Sekali lagi , takde alasan.

Bila dah faham. InsyAllah akan terasa kemanisannya, akan terasa tujuannya, akan terasa keTuhananNya. InsyAllah mendapat khusyuk. masyukk.. dan bersyyukk..... urr.. 

Kesan
Banyak kesan yg dapat kita lihat dgn melakukan solat. Terlampau byk. Dr perspektif aku antaranya ialah ketenangan. Orang yg melakukan solat dgn betul , sangat ketara ketenangan nya. Bilamana menghadapi kesukaran, bilamana menghadapi kesusahan atau kesempitan, masih berada dalam ketenangan. Bersolat melahirkan otak yg berfikir secara positif. Mampu menghadapi apa2 masalah dgn positif. Bersolat membuatkan pergantungan kita dgn Allah yg Maha Esa sangat tinggi. Bersolat merupakan 'direct communication' dgn Allah. Solat itu mendisplinkan peribadi. Terlampau banyak kesan2 positif dgn bersolat. Cubalah solat bersungguh2. Oh ya... jika betul kita bersolat bersungguh2 , jika betul kita memahami hidup. jika kita betul2 memahami Islam. Secara automatik korg akan benci kepada benda2 yg maksiat. Korang akan benci org yg menidakkan hukum Allah. Korang akan benci kepada kezaliman. Korang akan benci orang yg menghina nabi. Cubalah.

Kesan solat itu terlampau banyak. Boleh google sendiri. 


Kepentingan
Solat itu sangat penting. terlampau penting. Solat merupakan ibadah pertama yg akan ditanya dipadang mahsyar. Kalau solat x lepas , maka yg lain, confirm x lepas. Solat itu menandakan keislaman, sbb ia merupakan rukun. Jadi, minta maaf, boleh jadi keislaman korang tidak sah. Jika rukun nikah tidak mencukupi, maka tidak boleh berkahwin. Camtu jugak Keislaman. Aku risau2 korg ni x Islam lagi. Minta maaf sekali lg kalau berkasar, tapi itu realiti. Aku pon pernah kene panggil kafir sblm ni. Aku pon baru2 bersolat, maka aku pon baru2 je islam. Nabi Muhammad saw kata, beliau dpt mengenali  umatnya ketika dipadang mahsyar melalui kesan wuduk org2 yg bersolat. Dan org2 ini akan dipanggil pergi ke kolam nabi 'Kauthar' kecuali beberapa org yg tertentu.  (Dzul untungla dah ade Kauthar ) Abis tu cmne ? kita beriya2 status "Salam MaulidurRasul" tapi x solat. Camne Nabi nak kenal ?.. Solat itu penting sangat untuk pengisian kerohanian. Rohani yg tidak di isi dgn sepatutnya akan menyebabkan kita hilang pertimbangan. x mampu berfikir secara rasional. Silap2 boleh bunuh diri. 


Keutamaan
Solat itu ibadah yg paling utama dari yg lain2. Dan ramai juga yg gagal mengutamakan, apa yg lebih utama. Ada yg berpuasa tp x solat. Ada yg pegi solat sunat Hari Raya tp x solat fardu. Ada yg jaga makanan nak halal tapi x solat. Ada yg suka bersedekah tapi x solat. Ada yg suka membantu anak yatim , tapi x solat.. pendek kata, mereka melakukan kebaikan , tapi melupakan asas yg diutamakan. Mcm membina rumah tanpa tiang. Begitu juga bende2 lain. 

Utamakan lah apa yg utama.



Dak2 Meru solat kt Perth Australia 


Kesimpulan

Minta la maaf sekali lagi. Untuk post yg ni je, aku banyak minta maaf. Mcm biase, jgn marahkan aku. Solat itu sangat penting. Tunaikan lah solat. Periharalah solat. Aku pon solat cincai2 je dulu. Tapi slowly , semua boleh belajar. Xde alasan untuk tak tahu solat. Semua pon tahu, mati itu bila2. Allah berfirman

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam (Surah Ali-Imran 3: Ayat 102)

Allah dah pesan, jgn mati melainkan dalam keadaan beragama islam. Jadi sempurnakanlah rukun Islam. 



Solat lah geng.. please.... 





Wednesday 13 February 2013

Don't judge a book by its cover - Part 2

Bismillahirrahmanirrahim

Sambungan..

Menilai seseorang bukanlah untuk  memburukkan seseorang secara terus. Bukanlah untuk berkata " eh ko ni x bagus la". Bukanlah nak merendahkan sesiapa. Bukanlah untuk menghebohkan2 kan keburukan ( melainkan, perlu untuk kebenaran ). Penilaian itu perlu untuk diri sendiri dalam membuat keputusan. Sebab tu la kan kan , sebahagian penampilan luaran boleh menilai sifat seseorang itu, walaupun tidak secara tepat, tapi ianya membantu. Luaran seseorang tu bukan terletak pada apa yg dipakai sahaja. Berikut di bawah adalah contoh2 sifat2 luaran yg boleh dinilai.





1- Buku/Bacaan
Oleh sebab quote ni ckp "Dont judge the book by its cover" so aku start dgn buku dulu. Ye.. bacaan yg kita baca mengambarkan tahap peribadi dan knowledge. Kalau byk baca buku berilmu, byk la ilmu. Kalau banyak baca beautiful nara dgn roti kaya, maka kaya la kita dgn knowledge entertainment. Begitu juga dgn media2 lain. Kalau dok asyik layan drama tv3 je. Layan buletin utama je. Kt situ jela tahap pemikiran. Tahulah nama2 artis. Jadi, bacalah dan tontonlah sesuatu yg bermanfaat. Yang lagi bagus dan dituntut, bacalah Al-quran, yg mempunyai ilmu yg sangat banyak melangkaui dunia dan seisinya. Jangan asyik baca buku2 Big Bad Wolf.


2- Tanggungjawab
Kita boleh menilai seseorang berdasarkan cara seseorang bertanggungjawab keatas sesuatu. Cuba lihat tanggungjawab dia yg asas, seperti keatas diri sendiri, keluarga, suami isterinya, pekerjaannya dan sebagainya. Adakah dia seorang yg bertanggungjawab atau lari dari tanggungjawabnya. Dan penilaian yg paling penting ialah tanggungjawab terhadap agamanya. Ada x kita berusaha untuk mempelajari, menyampaikan, atau menegakkan suruhan yg telah ditetapkan Allah dan Rasulnya.


3- Menghadapi masalah
Semua manusia yg hidup ada masalah. So bagaimana kita menghadapi masalah2 yg dtg?. Ada jenis yg suka lari dari masalah, xmau setelkan. Off handphone dan lari. Atau setelkan masalah dgn zalim, bergaduh... Ingatlah, cara kita menghadapi dan menyelesaikan masalah sbnrnya akan dinilai oleh orang yg memerhatikan dgn akal. Jadi setelkanlah masalah dgn sebijak2nya. Jgnlah lari dari masalah. Bergantunglah dgn Allah atas setiap masalah yg dtg. Sesungguhnya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.


4- Percakapan.
Setiap apa yg keluar dari mulut kita merupakan reflection apa yg ada dalam otak kita. Ada yg bercakap sikit tapi penuh informasi. Ada yg ckp banyak , tp kosong xde isi. Ada yg bercakap kuat dan sombong, ada juga yg suka mencarut dan berbohong. Ada yg bercakap sarcastic, tapi  bermesej. Ada juga yg cakap, sambil mulut penuh dgn sosej. Diantara orang yg bercakap2 itu, ada yg sedang mendengar dan memerhati perkataan kita, lalu dia membuat rumusan tentang peribadi kita. Jadi kalau nak cover, kot2 kita ni bodoh x byk ilmu, xyah la banyak cakap. diam jela. 

Soya & Message 


5- Politik
Yang ni agak sensitif, tapi sungguh. orang yg ambil peduli tentang politik adalah orang yg ambil peduli tentang masa hadapan. Orang yg ambil peduli tentang politik adalah orang yg cerewet dalam memilih pemimpin. Sebaliknya, org2 yg ignore politik adalah orang yg tak ambil kisah ttg masa hadapan. Yg dia tahu, dia nak happy dan aman. Bagi yg ambil peduli, terdapat 3 golongan, Sebelah kanan, sebelah kiri, dan ada di tengah2. Diantara 3 kategori ini , kita boleh judge, yg mana mempunyai pemikiran yg matang dan bebas, yg mana masih terkongkong dan juga yang tidak mempunyai pendirian. Politik ini adalah sangat penting. Pemimpin yg dipilih juga terlalu penting. Tetapkan pendirian. Bukalah minda. Kita ni bukan setakat hidup didunia. 

6- Beragama. 
Ok yang ni last aku nak tulis. Walaupon byk lg faktor lain. Yg ni faktor paling penting. Nabi dah pesan, kalau nk cari isteri/suami, lihatlah agamanya, kalau nak pilih pemimpin lihatlah agamanya, kalau nak pilih kawan, tgklah agamanya. Kalau korg kenal Sultan Al Fateh yg membuka Konstantinople, dia memilih imam pon sgt hebat. Dia tapis siapa yg tidak pernah tinggal solat fardu, rawatib dn juga tahajjud sejak baligh. Begitu juga, presiden sebuah parti di Malaysia, mengingatkan untuk barisan2 kepimpinan untuk tidak tinggal amalan solat tahajjud. Ini menunjukkan kesedaran agama itu penting bg setiap pemimpin. Ada seorang yg aku kenal, dia ckp " semua org aku layan, semua orang aku kawan, tapi untuk aku percaya, aku tgk dulu , solat subuh dia ada tak berjemaah kat masjid." . Hebat sungguh penapisan diorg untuk letak kepercayaan. Pointnya disini adalah, jika manusia boleh khianati Allah dan  Rasulnya, maka peratusan untuk dia mengkhianati sesama manusia amatlah tinggi. Lihat lah solatnya, auratnya, puasanya, zakatnya. Lihat lah kemana perginya. Masjid ataupun Mall. Kuliah agama ataupon konsert. Lihatlah apa yg dibaca, Alquran ataupun buku si pondan. 



Kesimpulan.
Seperti yg aku cakap diatas, kita menilai bukanlah untuk memburukkan . Tapi percayalah, penilaian ini amat penting untuk diri sendiri. Dalam hidup ni kita berurusan dgn macam2 orang. Macam2 perangai. Jadi checklist diatas boleh digunakan dalam membantu untuk kita membuat keputusan, untuk memberi amanah, untuk memberi sesuatu tanggungjawab dan sebagainya. 

Macam biasa, jangan marahkan aku, jika terasa. Aku minta maaf. Objektif dr penulisan ini adalah untuk memberi kesedaran dan sedikit ilmu untuk mengkaji sikap seseorang. Juga untuk lebih beramal soleh dan berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran. Supaya kita tidak berada dalam kerugian . Demi Masa. 

Aku sendiri akan dinilai berdasarkan luaran, mungkin juga dinilai berdasarkan penulisan .  
Aku juga banyak dosa. Aku juga tidak hebat, Tp aku bukan menulis untuk suka-suka. Setiap tulisan ada matlamat. 


Sekian.











Sunday 10 February 2013

Don't judge a book by its cover - Part 1

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum.


Seperti tajuk diatas, atau dalam bahasa melayunya. " Jangan adili buku berdasarkan kulit luarnya". Apakah betul sememangnya kita x boleh nak judge sesuatu berdasarkan luaran ? Kalau diikutkan seperti kefahaman manusia biasa, yup memang betul kita tidak boleh nak judge sesuatu atau seseorang berdasarkan luarannya.  Isinya, atau hatinya yg patut kita lihat untuk membuat pengadilan.

Ok, Now ceritanya.. aku ada cuba juga praktikkan pemahaman ini untuk tidak judge luaran orang tapi kadang2 makin pikir ada yg bercanggah pulak. Berdasarkan pengalaman dan persekitaran , aku cuba olah berdasarkan hujah yg boleh diterima akal, bahawasanya kdg2 kita boleh judge orang berdasarkan luaran.


1 - Tidak tutup aurat. 
Ni paling biasa orang2 guna ayat ni utk selamatkan diri. "walaupon aku x tutup aurat, tapi x semestinya aku jahat, ntah2 orang yg tutup aurat tu lagi jahat. " Ye latu, manusia ni,  jahat ke baik kita mmg  xleh nak judge berdasarkan itu. Ada je orang kafir yang baik. Tapi....tapi.... tapi........Tapi saiyengggg~~
Orang2 cmni mmg la baik sesama manusia.. Tapi mereka jahat dan angkuh kepada suruhan Allah.(bagi yg tahu tutup aurat tu wajib) Begitu juga orang kafir, mereka baik sesama manusia, tapi mereka kufur terhadap Allah. Sesama manusia kita mmg boleh judge berdasarkan kebaikan dan kejahatan. Tapi kadang2 manusia lupa ada lagi satu FINAL JUDGEMENT di Padang Mahsyar, iaitu pengadilan dihadapan Allah. Ada plak yg ckp kalau x ikhlas tutup aurat pon sama je. Kalau camtu nanti korang jawablah depan Allah, "bukan xnak tutup aurat ya Allah, tapi rasa mcm x ikhlas pulak, rasa mcm menunjuk2 plak"(Kalau berani)

Bab keikhlasan ni kalau nak dihuraikan panjang. kalau ada masa, dan yakin apa aku nak sampaikan, aku akan cerita lain kali. 

2- Pondan/Gay
Ni lagi satu .. memang x dinafikan diorg ni sesama manusia sangat baik. Sangat menjaga hubungan sesama manusia. Xtra caring terhadap kawan2. Lebih2 lagi kepada lelaki2 yg berdahi licin dan sasa macam Chean. (bukan nama sebenar). Ade satu time tu, aku berborak ngn member. Ada satu acara menari2 yg besar. Dia ckp best. Aku ckp apa yg menariknya?, banyak pondan je menari2. Then dia ckp, x baik cakap camtu, ntah2 diorg ni baik ke, sembahyang x pernah tinggal ke.. Well betul la tu, diorg mmg baik , tapi tapi tapi........ tapi saiyenggggg~~~~ hidup ini bukan sekadar sembahyengggg~~~~

3- Pemimpin
Ha..yg ni juga. Ada pemimpin yg sangat berjasa kepada rakyat (zahirnya). Membawa kemajuan etc. Membawa keamanan , kestabilan negara dan macam2 lagi. Tapi bila bab agama, beliau tolak. Menafikan hukum Al-quran. Mempersendakan Sunah Rasulullah , dan memperlecehkan golongan ulamak. Tapi rakyat masih mengkagumi.. masih mengidolai...

Allah : Wahai pemimpin... Apakah jasamu terhadap rakyatmu? Adakah engkau telah menjalankan tanggungjawab mu keatas rakyat mu. Adakah engkau telah melaksanakan arahan Ku semasa memegang pemerintahan ?

Pemimpin : Ya Allah. Aku telah membawa kemajuan kepada negara dan rakyat ku. Walaupon aku tidak menjalankan undang2 Mu. Tapi negaraku kini telah terkenal dimata dunia...

Allah : Antara tanggungjawab menjalankan arahanKu dgn memberi kemajuan, yg mana lebih utama ?

Korang jawab lah sendiri.

Banyak lagi contoh2 lain. Tapi berdasarkan  penilaian aku terhadap contoh2 diatas. Manusia ni mmg baik dengan satu hal iaitu urusan sesama manusia, Tapi kadang2 manusia jahat dengan sesuatu yg lain, iaitu urusan dengan Allah dan Rasulnya. Mereka ingkar arahan Allah yg pegang nyawa mereka tu.

Kesimpulan
Aku minta maaf kepada yg terasa. seperti biasa. Aku pon bukan baik sangat. Aku pon masih mencuba2 untuk jadi baik. Tulisan2 seperti ini aku harap dapat menjadi barrier untuk aku dari melakukan kejahatan sesama manusia juga kepada Allah. Jika aku menggunakan blog ni utk memberi pesan kepada korang, aku juga mengharapkan korang memberi pesan kepada aku jika aku ada melakukan kesalahan, secara terus atau secara senyap. Tulisan ini bukan untuk menghina sesiapa. Tapi untuk mengubah cara berfikir sesama kita. Jgn jadikan alasan niat dalaman untuk mengaburi fizikal luaran. Memang nabi ada bersadba

 “Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras dan harta kamu, melainkan Allah memandang hati dan amalan kamu  [HR Imam Muslim].

Huraian hadith ini panjang. Aku pon x sempat lagi study. Tapi pointnya...jgn semata2 korang beramal dgn hadith ni je. Beramal juga dgn hadith2 lain dan juga, yg terutamanya beramal dgn Al-quran. Yang wajib tetap wajib. Jangan tinggalkan perkara yg wajib untuk perkara yg sunat. Hukumnya haram.


 Sekian.










Tuesday 5 February 2013

Self-Employed

Assalamualaikum.


Seperti tajuk diatas. Self-Employed / Kerja Sendiri. Tidak kerja dgn mana2 company dan tidak terikat. Menjadi bos sendiri. Tidak bekerja, maka tiadalah gaji. Apa best nya? Apa risikonya? Apa kebaikannya? Apa kekurangannya? Apa nya nya?


Bekerja makan gaji, umum tahu kebaikan2 nya. Ade gaji tetap, boleh merancang. Ade benefits2 lain. ade kwsp. Ade slip gaji , Ada kenaikan gaji (Jika ada) . Ada elaun, Claim, senang nk beli kereta/rumah. Dan yg penting, xyah pening2. Hari2 sure ada kerja. Hari2 hadap jela kerja sampai muntah. Risiko yg ade pon , kalau x perform, x sebulu dgn org tertentu, Mungkin dibuang kerja. Paling2 pon company bangkrap, cari la kerja lain. Menghadap jela PC sampai tua.

Tapi kalau kerja sendiri. Risiko sangat tinggi, tiada gaji tetap. Tiada benefits melainkan bergantung pada diri sendiri. Claim kt diri sendiri & mcm2 lagi yg negative. Ye betul. Sungguh...bekerja sendiri sangat banyak risiko.  Siapa yg sanggup ambik risiko ni melainkan yg betul2 mempunyai daya ketahanan mental. Tapi disebalik risiko, juga terdapat banyak kebaikan2 . Berikut adalah kebaikan2 yg aku rasa, sabagai org yg bekerja sendiri.

1- Banyak masa / Free time. 

Bekerja sendiri mmg banyak masa. Ini yang paling ketara. Tidak terikat dgn waktu kerja biasa. No punchcard. No lunch break. Boleh pegi shopping on weekdays. U can control your own time. Cuma kadang2 bila ada kerja, cuma terikat dgn deadline projek. Itu normal. Tapi bila setel 1 projek, aku boleh bercuti panjang. Kerja sebulan cuti sebulan. Dan mmg ini yg aku nak. Aku ada masa untuk belajar, Ada masa nak pergi masjid. Jika ada kecemasan x perlu apply MC/AL/EL. Contoh seperti berlaku kematian. Aku boleh melawat & spend time tanpa ragu2. Kalau dulu time kerja, susah nk control. Masjid tu rasa jauh sgt nak pergi. Nak belajar pon mcm susah je. Kene selalu commited dgn kerja. Asyik2 kerja je. Kalau mati tetiba, x sempat nak buat amal, sbb terlalu sibuk kerja. Solat pon selalu hujung2 waktu. Tu pon kalau teringat. Kalau tak teringat mmg x solat langsung. 

Kalau disebabkan gaji 4/5 ribu tinggal solat. pastu masuk neraka. Tak berbaloi. 
Gaji sebesar Bill Gates pon xboleh bayar kt malaikat Malik untuk tiket keluar dr Neraka oi. 

2- Berdikari / Kebergantungan Hidup

Bekerja sendiri ni mmg melatih untuk kita berdikari. Berdikari untuk mencari gaji. Kalau bekerja dgn orang, gaji tu dah confirm. Semua bergantung pada diri sendiri. Kalau rajin , InsyAllah ada la kerja. Kalau malas dh confirm2 susah nak dpt kerja. Apabila kebergantungan hidupnya terletak pada sesorang atau sebuah company. Maka jatuhnya seseorang atau jatuhnya sesebuah company, secara tidak langsung pekerja2nya juga akan jatuh. Jadi mereka yg bekerja sendiri , apakah pergantungan hidup mereka? Tidak lain tidak bukan, pergantungan keatas diri sendiri. Tapi sebenarnya, mengikut pengalaman, bergantung pada diri sendiri juga bahaya. Disebabkan diri sendiri tidak mempunyai kuasa dan lemah. Takut2 bunuh diri je nanti kalau failed. Jadi yg sepatutnya hidup sebagai manusia, tidak kira yg berkerja atau kerja sendiri, pergantungan diri secara total mestilah hanya pada Allah. Allah yg maha kuasa atas sesuatu. Allah lah yg maha memberi rezeki, Allah yg menguasai jiwa2 bos2 kita, Client2 kita, pesaing2 kita dan semuanya. Bila bekerja sendiri, ternyata pergantungan hidup pada Allah sangat tinggi berbanding time aku kerja dulu.Dulu2 mana ade nak doa2 minta rezeki, manede nak solat duha. Dapat gaji je... enjoy. Ini lah salah satu kebaikan yg aku dapat. Kalau rasa kebergantungan hidup korang terhadap Allah kurang, bentilah kerja. 

3- Menguatkan Mental 

Bekerja sendiri secara tidak langsung akan melatih otak dan mental untuk menjadi kuat, kreatif, berani , menguatkan jiwa, dan menghadapi masalah dengan tenang. Contoh, kalau aku dulu time kerja, serumit mana pon masalah, kalau aku dah fed-up aku masih boleh berlepas tgn. Boleh buat xtau, boleh buat2 sakit/ buat2 tido. Kalau sekarang. Apa pon masalah nak taknak aku kene hadap. Ribut taufan camne pon aku kene hadap. Hidup ke mati ke aku kene hadap. Darah tinggi ke diebetis ke , semua kene hadap. Bila selalu berhadapan dgn situasi genting cmni, akan melatih mental untuk jadi kuat. Melatih otak untuk berfikir laju. Melatih otak untuk menyelesaikan masalah dan mencari alternatif. Sehingga kluar rambut2 putih di kepala. Tapi alhamdulillah, bila sampai satu stage esok, benda2 ni lah yg akan mematangkan kita. InsyAllah melalui pengalaman yg ada, setiap masalah akan dihadapi dgn steady. 

4- Selektif 

Bekerja sendiri memberi ruang anda untuk menjadi selektif. Iaitu korang boleh pilih untuk buat ke tidak. Kalau bekerja dgn orang , ade ke pilihan untuk tidak buat? kalau bos korg bagi kerja, boleh ke cakap, "err xnak buat la bos job ni. x best". Bekerja sendiri anda bebas untuk memilih kerja.  Kalau ade job boleh pikir nak buat ke xnak. Aku sendiri pernah menolak beberapa tawaran projek, atas sbb2 tertentu. Boleh tukar2 bidang ikut suka. Kadang2 kerja jadi Bos, Producer, kdg2 kerja crew, kdg2 jadi director, kdg2 kerja jd photographer. Kdg2 kerja jd supervisor. Kdg2 kerja jadi tansporter (driver) . Kdg2 boleh berniaga and mcm2 lagi. Oh pernah jugak jadi volunteer. See.. tidak terikat. Fun kan? Bukanlah kalau kerja makan gaji xboleh buat semua benda2 tu, tapi, masa tu terhad. Cuti weekend byk org pilih untuk berehat bersama kluarga dan melakukan hobi masing2. 

5- Lebih masa beribadah

Kita ni kalau terlalu sibuk kerja. Terlalu sibuk mencari dunia. Takut2 akhirat langsung kita lupa. Beruntung sgt lah sapa yg bekerja makan gaji sambil tidak lupa akhirat, beruntung sangat lah siapa yg ada bos yg baik yg beriman yg saling mengingatkan tentang hari akhirat. Mengikut pengalaman kerja dulu. Solat pon selalu miss.Apatah lagi solat jumaat. Kerja pon selalu buat bende maksiat/lagho. Zakat harta? langsung tidak . Mengaji pon bila ada orang mati. Puasa pon kdg2 ponteng sbb alasan penat kerja. Haishh.. Camne tu? Esok kt padang masyar Allah tanya xtau nak jawab apa. 

ALLAH : wahai fadli, dulu masa hidup ada solat x ?
Aku : Ada ya Allah, selalu solat jumaat je, tu pon kdg2 miss. Yg lain pon sama jgk kdg2 miss.
ALLAH : Apa yg buat ko miss ? 
Aku : SIBUK KERJA
ALLAH : Dulu ada baca Al-quran ? 
Aku : Takde ya Allah. 
ALLAH : Apsal ?
Aku : SIBUK KERJA
ALLAH : Ada bayar zakat ? 
Aku : Zakat fitrah hari raya adela. Zakat harta xde ya Allah.
ALLAH: Apsal x bayar ? kan sibuk kerja. mesti banyak duit.
Aku : Errr.. x cukup ya Allah.
ALLAH : Ade puasa ? 
Aku : Puasa cukup ya Allah, x pernah miss.. err... kdg2 je kalau musafir .
ALLAH : Berapa gaji dulu masa kerja? 
Aku : 4 ribu je.
ALLAH : Dari start kerja sampai ko mati. ko bekerja selama 30 tahun. 4ribu x 12bulan kali 30 tahun sama dengan RM 1,440,000.00. Berbaloi ke jumlah tu dgn neraka yg ko nak masuk ni? Dunia miskin akhirat pon miskin. Ada pape nak cakap ?
Aku: Ya Allah. Aku mengakui ,sesungguhnya kekayaan dunia tidak akan menambah berat pahala di Al-Mizan ini. Malah ia memberatkan dosaku ya Allah. Aku menyesal ya Allah. 

Ha camne ? 

Korang jgn salah faham. Bukan bekerja makan gaji itu tidak baik dan berdosa. Sama je dgn kerja sendiri. kalau buat maksiat dosa jgak, tidak kira la kerja ngn sape pon. Aku bercerita dari sudut umum. Mengikut pengalaman bila bekerja sendiri baru lah boleh fokus untuk beribadah. Time kerja dulu agak susah. Tapi.. selagi boleh menjaga hak2 Allah, x kisah la kerja sendiri ke kerja dgn orang ke. Yg penting akidah itu betul. Selagi tempat kerja itu tidak melalaikan hubungan kita dgn Allah, dan korang rasa happy. Kerja jela. Kalau tempat kerja itu menjauhkan hubungan dgn Allah, tidak ada masa solat.. Benti jela. Kerja2 yg menggalakkan maksiat, benti jela. Kalau kerja yg confirm haram, kerja yg mengundang murka Allah. Lebih baik korang berhenti. STOP. Ini amaran dan nasihat untuk semua dan diri sendiri jugak. Please STOP.. Aku tidak boleh berkata depan2 secara individu, oleh kerana iman yg lemah. Sbb tu aku tulis blog. 

Kesimpulan. 
Kita masing2 kadang2 terlupa. Sebab tu ada yg mengingatkan. Jgn benci aku sbb tulis camni. Aku pon kdg2 terlupa dan orang lain nasihatkan. Aku bukan baik , sbbtu aku share. Untuk pekerjaan. bekerja lah camne pon. Makan gaji or kerja sendiri. asalkan tidak melanggar hak2 Allah. Apa itu hak Allah ? Yang basicnya Solat, puasa, zakat, menutup aurat dan lain lain. Walaubagaimanapunnyaadoi... bekerja sendiri or berniaga sendiri itu sunah. Nabi dah ckp 90% punca rezeki adalah melalui perniagaan.  

Penutup . nah amik link ni . 13 Signs You Are Meant To Be Self-Employed

Sekian.