Friday 14 March 2014

MASANYA TIBA

Assalamualaikum.

Kebanyakkan negara islam itu sedang ditimpa musibah. Perang di Syria, Rampasan kuasa di Mesir. Penghapusan etnik Rohingya. Pembunuhan umat Islam di Afrika serta yang masih berdarah dari dulu sehingga sekarang, iaitu tidak lain ialah Palestin. Sampai masanya Islam itu betul-betul dihina. Mereka semuanya mengatakan beriman, sehingga datangnya ujian, untuk membenarkan iman mereka. Beruntunglah mereka yang redha dan sabar dengan ujian yang berat itu, dan berjaya mempertahankan aqidah sehingga kepala ditembus peluru. Leher dikelar pisau. Sehingga mati kering kebuluran.. sehingga anak yang comel itu mati terbeliak..

Allahurobbi…
Anak Syria

Jadi ceritanya, kita di Malaysia juga sedang mengalami musibah. Terutamanya dilembah Klang. Sudah lama hujan punca kehidupan itu tidak turun. Impaknya, bumi menjadi kering. Empangan, susut takungan. Air terpaksa dicatu. Hutan belukar menjadi kering dan terbakar. Menghasilkan asap kebakaran yang tebal. Menutup keindahan pandangan mata dengan filter jerebu. Udara sudah tidak bersih boleh mendatangkan penyakit. Tanaman2 padi menjadi kering. Dan yg terhangat, kehilangan MH370 yang menjadi misteri.

Allahurobbi…
Paras air susut.

Amatlah beza tahap ujian kita dan mereka. Mereka itu diuji setiap hari dengan darah dan nyawa. Mereka redha dan kembali kepada tuhannya selalu. Supaya mereka diberi kemantapan iman untuk berhadapan dengan ujian.

Kerisauan untuk musibah yang lebih dasyat mungkin berlaku terus menerus di Malaysia ini. Apabila ada golongan yg memperkecilkan Nabi Muhammad dan hadith2 nya. Tidakkah mereka tahu, Muhammad itu kekasih Allah. Dan Allah itu pemilik bumi dan alam cakerawala. Pemilik setiap nadi yang berdenyut di setiap makhluk.  Jika Allah mahu, Dia berkuasa untuk menjatuhkan planet menimpa kamu. Tapi kerajaan yang dipimpin oleh melayu Islam itu membiarkan. Padahal pemimpin itu jika pergi ke Madinah tentu sahaja  melawat makam Nabi. Kalau maulidur rasul, mereka yang paling ramai berarak bersepanduk. Jadi bila ada golongan bangsawan yg disokong juga golongan bangsawan yang mensenimarkan pandangan anti hadisnya. Tiada tindakan. Penulis bukanlah mengatakan secara khusus musibah yang datang itu kerana perkara ini. Allah yg maha mengetahui. Tetapi yg penulis yakini, musibah itu datang sebagai peringatan. Supaya jangan melampui batas dan kembali kepada fitrah manusia.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Jadi, dimulut dan perbuatan mengatakan beriman kepada nabi, tapi bila diuji dengan Kasim Ahmad , mereka buat apa ?  Kamu yg melihat, tidak kah kamu juga mencintai Nabi ? apakah perasaan kamu bila  Nabi direndahkan sebegitu ? Atau mungkin kamu lebih sayang si mantan sehingga kamu berdiam diri je… 


Disebalik musibah itu juga, Allah memperlihatkan kita juga kejahilan sesetengah pihak yang masih berpegang kepada tahyul. Raja Bomoh. Musibah itu Allah beri sebagai ujian. Dan mereka menghadapi ujian dengan kesyirikan ? Juga FMFA, adakah mereka masih bernafsu untuk berhibur dikala kelam jerebu? Dikala Allah tahan hujan daripada turun, kamu masih membeli menjual dan terlibat ? Tidakkah ada sedikit perasaan takut ? Oh come on la sikit je.. xde ke rasa risau ke ? seriously ?? Semoga Jerebu makin teruk di Bukit Jalil. Juga semoga engkau membatalkan niat untuk pergi. 

Minta maaf atas teguran. 

Jadi kesimpulannya. Ujian yang kita hadapi ini tidaklah sedasyat seperti di Syria. Kita masih mampu makan pizza, sementara mereka terpaksa makan kura-kura. Kita masih ada rumah untuk tidur, sementara rumah mereka dibom sampai hancur. Tapi kita tetap wajib kembali kepada Allah. Takutlah akan musibah itu. Semuanya berdoa. Semuanya #Pray4everything. Tapi itu sahaja tidak cukup. Kembalilah kepada fitrah sepenuh-penuhnya. Bertaubat sesungguh-sungguhnya. Taatlah setaat-taatnya. 
Ambilah kesemuanya bukan separuh-separuh ikut suka.  Yang tidak solat, solat lah dan sujud la kpd tuhanmu mengadu. Yang tidak tutup aurat , tutuplah sesempurna upaya sebagai tanda kamu mengharap kasihNya. Yang tidak pernah berzakat, usahakanlah bersihkan hartamu. Yang kedekut, derma dan waqafkanlah harta lebihan mu. Yang sombong, rendahkanlah hatimu. Hadirkanlah diri kerumah Allah (masjid). Berazamlah dengan bersungguh2 meninggalkan maksiat. Yang paling penting si empunya kuasa, laksanakan amanah tanggungjawab mu. Laksanakanlah hak Allah. Yakinlah hak Allah itu yg terbaik. Jika kamu beriya mempertahankan kalimah Allah, benarkanlah iman kamu juga dengan pertahankan syariat Allah bersungguh2. Sesungguhnya, kita semua akan menjadi saksi, siapa yang benar2 berusaha menegakkan syariat, siapa yang menentang. 

Allahurobbi..


    رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا 



Tulisan ini bukanlah ilmiah. Tulisan ini sebagai nasihat. Nasihat bukanlah perlu Ijazah Al-Azhar. Sebagai bukti aku pernah berusaha.